HIBM {Chapter 1}
Nov 5, 2013
@7:50 PM
Chapter 1
Nobody trust me that he is with me,,,
Why? Can’t they see him?
His love is too warm for me,,
His hug make me feel very comfortable,,,
But why i can’t feel the presence of his life?
The love that makes me addict to him,,,
Sejung POV
“Fuhh!! Penat betul bila pindah-pindah rumah ni” keluh Sejung yang sedang mengangkat kotak yang berisi barang peribadinya menuju kearah loteng rumah barunya.
Dia berjalan dengan berhati- hati kerana kotak yang dibawanya itu berat tak terkata.
“ Sejung-ah! Hati – hati naik tangga tu” pesan eomma Sejung yang berada di luar rumah yang sedang sibuk mengenali jiran tetangga.
“ Baiklah eomma!” sahutnya.
“ Eomma ni, terlalu peramah lah. Dah macam Badan Rukun Tetangga pula. Mana taknya orang tengah nak kemas rumah, dia sibuk dengan jiran sebelah rumah tu” keluh Sejung sendirian.
Sejung turut menyumpah-nyumpah kotak yang berada di tapak tangannya itu kerana tidak berada dalam kedudukan yang betul. Setelah dia menyumpah-nyumpah kotak itu, dia ketawa sendirian kerana dia sedar bahawa barangnya yang terlalu banyak yang menyebabkan kotak itu terlalu berat.
“ Uhuk! Uhuk! “ Sejung terbatuk tatkala dia tiba di loteng rumah tersebut.
“ Banyak betul habuk dekat sini. Ishhh!! Gatal pula hidung aku ni!! Haaasshuummm!!!” Sejung bersin kerana habuk di loteng itu sungguh tebal.
Dia meletakkan kotak itu di tempat yang sesuai untuk dia memunggah kembali barangnya yang ada di dalam kotak itu. Sejung membelek semua barangnya dengan penuh perhatian, takut- takut terlepas pandang barang yang disayanginya dibuang begitu sahaja. Anak mata Sejung tertumpu kepada sepit rambut berwarna merah jambu yang berbentuk reben miliknya. Sepit itu diberi oleh teman baiknya semasa di sekolah rendah 5 tahun lepas.
“ Tak sangka pula yang aku simpan sepit ni lagi” Bisik hati Sejung sambil tersenyum melihat sepit itu.
Sejung teringat dengan kejadian yang terjadi semasa teman baiknya itu menghadiahkan sepit merah jambu itu kepadanya.
-Flashback-
“Sejung-ah! Kau dekat mana?!” Jerit Jongdae yang kelihatan gelisah mencari Sejung dari tadi.
“ Keluarlah, aku ada benda nak bagi kau ni!” jeritnya lagi.
“Tak nak!! Aku tahu kau nak bagi apa! Kau nak bagi aku lipas kan?” Jongdae ketawa apabila mendengar Sejung menyangkakan dia akan menghadiahkan lipas kepadanya.
“ Kau saja je nak bagi aku menjerit satu sekolah ni kan?! Janganlah main-main! Tsssskk! Tssskk!” Sejung secara tidak sengaja menangis teresak-esak kerana risau yang dirinya dimalukan di depan orang ramai.
Dia sudah lali dengan perangai Jongdae yang suka mengusiknya. Jongdae menjadi risau apabila Sejung menangis teresak- esak. Dia mencari arah suara Sejung supaya dia dapat tahu Sejung bersembunyi di mana. Dia bukannya tak tahu bahawa Sejung amat fobia dengan lipas. Saja sekali- sekala nak mengusik Sejung yang manja ni.
“Hah! Jumpa pun kau! Kenapa menangis ni? Jongdae ketawa kecil semasa menujukan soalan tersebut.
“Kau ni!!! Jahat!! Pergilah sana! Buang lipas tu dulu!”
Jeritan Sejung membuatkan segelintir pelajar di koridor depan kelas mereka itu memandang mereka.
Jongdae tetap menghulurkan tangannya di hadapan muka Sejung. Sejung hanya memejamkan matanya. Dia malas nak menjerit lagi kerana malu dengan orang di sekelilingnya yang sedang memerhati. Jongdae membuka genggamannya dan menyuruh Sejung membuka mata. Dia memujuk Sejung dengan memberitahu Sejung bahawa dia sudah buang lipas tersebut. Sejung membuka matanya perlahan- lahan. Dia memandang telapak tangan Jongdae. Sepit berwarna merah jambu berbentuk reben yang sangat diinginya selama ini.
“ Nah, aku nak bagi kau ni lah. Hadiah untuk kau sebab kau belanja aku ais krim hari tu. Sedap gila ais krim tu”. Terang Jongdae.
Sebenarnya bukan sebab itu tetapi dia sengaja nak bagi. Dia tahu bahawa Sejung nakkan sepit tu sejak dari dulu lagi.
“ Jongdae-ah, gomawo!! Sepit ni!! Aku suka sangat. Tapi kan....” Kata- kata Sejung berhenti di situ.
“ Ya? Kenapa? Cik Sejung?” Jongdae mengusiknya lagi.
Dengan selambanya Sejung mencubit pinggang Jongdae. Jongdae lari lintang- pukang kerana risau pinggangnya merah dicubit Sejung nanti, silap-silap boleh berdarah.
Sejung POV
Sejung tergelak sendirian mengingat kembali kisah lamanya. Puan Park yang terdengar tawa Sejung terus masuk ke dalam rumah.
“ Sejung-ah! Turun cepat, tolong eomma angkat barang ni! Abang kamu awal- awal lagi dah pergi cari kawan dia. Takde siapa nak tolong eomma ni!” Suruh Puan Park .
“ Ya, eomma! Sekejap! Sejung belum siap lagi ni!” Jeritnya dari loteng itu.
Sejung sambung dengan kerjanya. Kali ini matanya tertumpu pada bingkai gambar yang amat disayanginya. Gambar itu diambil semasa dia bercuti dengan keluarga Jongdae di Pulau Jeju semasa berumur 12 tahun. Mata Sejung dengan tidak semena-mena berkaca. Dia mengusap-usap bingkai gambar itu dengan penuh perasaan. Dia memeluk bingkai gambar tersebut dengan erat.
“ Mana kau pergi Jongdae? Kenapa kau pergi tak bagitau aku? Apa salah aku?” . Air mata Sejung mengalir perlahan-lahan sehingga menitis di atas bingkai gambar itu.
-Flashback-
“ Eomma, mana boleh macam ni. Kenapa tiba- tiba kita kena pindah?” Tanya Jongdae kehairanan.
“ Ayah kamu terpaksa dipindahkan ke Seoul. Dia dinaikkan pangkat, sayang. Takkan kita nak tinggal sini tanpa ayah? Kamu tak sanggup kan, sayang?” Puan Kim cuba memujuknya.
“ Tapi macam mana dengan Sejung dan Chanyeol eomma? Diorang dah tahu ke?” Jongdae teringat akan Sejung dan Chanyeol, teman sepermainannya sejak kecil.
“ Kamu jangan risau. Eomma dah bagitau Puan Park tentang perkara ni. Sayang, kita tak boleh lambat ni. Hari dah malam, takut terjadi apa-apa semasa perjalanan nanti.” Puan Kim memujuk Jongdae dengan mengusap-usap kepala anak kesayangannya itu.
Dia kemudiannya, memimpin tangan Jongdae masuk ke dalam perut Porsche milik suaminya. Bunyi deruman kenderaan Encik Kim memecah suasana hening malam.
Sejung POV
Sejung mengingat kembali apa yang diberitahu oleh eommanya tentang kehilangan keluarga Jongdae. Dia diberitahu bahawa keluarga Jongdae terpaksa berpindah ke Seoul atas urusan penting yang tak dapat dielakkan. Selepas beberapa minggu keluarga Jongdae berpindah, Sejung akhirnya dapat menerima penerangan ibunya. Sekarang sudah 5 tahun dia tidak mendengar khabar keluarga Jongdae.
“ Hmmmm, kenapa aku menangis ni?” rungutnya sendirian sambil mengesat matanya yang sudah basah.
“Ahh!! Dah berapa lama aku tak menangis pasal benda ni? Kenapa tiba-tiba sebak kali ni teruk sangat?". Sejung bermonolog sendirian sambil menyiapkan kerjanya.
Sejung turut mengemaskan loteng rumahnya. Sejurus selepas itu, Sejung turun menuju ke ruang tamu rumahnya.
TO BE CONTINUED...