HIBM {Chapter 3}
Nov 8, 2013
@12:19 AM
Chapter 3
Pelajar-
pelajar kelas 3A sedang asyik mengemas
kelas mereka mengikut jadual yang disediakan. Sejung ditugaskan untuk menyapu
sampah manakala Hana pula ditugaskan untuk mengelap tingkap bersama dengan
beberapa pelajar yang lain. Gongchan, Kyungsoo dan Hyunsik pula ditugaskan
untuk menyusun meja dan pelajar- pelajar lain membuat tugas mengikut tugasan
yang diberi.
“ Sejung! Kau boleh ke buat kerja sorang- sorang tu?” jerit Hana
dari luar kelas.
“ Aku boleh. Jangan risau, dah biasa buat dah” jawab Sejung
sambil mengibas- ngibaskan tangannya kerana habuk berterbangan.
Sedang Sejung manyapu sampah, Gongchan
dengan selambanya berjalan tanpa menyedari dia sudah terpijak habuk yang
dikumpulkan di suatu sudut. Muka Sejung dengan tidak semena- mena berubah
menjadi merah, matanya memandang tajam tubuh Gongchan yang sedang menuju ke
arah tempat Kyungsoo berdiri. Gongchan yang rasa diperhatikan memandang Sejung.
“ Apa?!” tanya Gongchan yang pelik dengan pandangan mata Sejung yang seperti
singa mencari mangsa.
Sejung lantas menudingkan jarinya ke
arah habuk dan sampah yang sudah bersepah itu.
“ Tengok apa yang kau dah
buat?!”, rungut Sejung.
“ Erm, mianhae Sejung-ah. Aku tak perasan tadi. Yang
kau pun satu pergi letak kat depan- depan tu kenapa?” balas Gongchan.
“Herm..(growling)”, Sejung memerhatikan mata Gongchan dengan pandangan yang
amat tajam.
“ Eh, lek ah Sejung. Jangan
marah- marah nanti hodoh muka tu. Okay, okay mianhaeyo”.
Tatkala perkataan maaf
itu terkeluar dari mulut Gongchan, Sejung dengan tidak semena- mena ketawa
dengan reaksi Gongchan yang sedikit ketakutan itu.
Kyungsoo yang dari tadinya melihat gelagat mereka berdua
hanya tersenyum. Dia kemudiannya memandang Sejung yang berdiri betul- betul di
hadapannya. Jantungnya berdegup kencang tatkala dia melihat Sejung. Jiwanya
bersorak riang apabila melihat Sejung tersenyum dan ketawa. Rambut Sejung yang
lurus keperangan, matanya yang bersinar, senyumannya yang manis membuat
jantungnya lebih merana.
“ Perhatian kepada semua
pelajar,minggu hadapan ‘ prom night’ akan diadakan sempena hari lahir Pengetua,
jadi diminta pelajar dari 3A dan 4A membuat persiapan untuk majlis tersebut.
Tema untuk malam tersebut ialah ‘midnight masquerade’. King and queen of the
prom juga akan diumumkan. Diharap semua pelajar dapat memberikan kerjasama”.
‘Prom night’ inilah yang amat ditunggu- tunggu
oleh semua pelajar di sekolah ini. Sejung yang kelihatan gelisah terus
merungut.
“ Aku nak pakai baju apa nanti?, Dia menggaru-garukan kepalanya yang
tidak gatal itu.
"Herm.....Takpelah, nanti balik tanya eomma”, dia
bermonolog sendirian.
“ Eh Sejung, nanti kelas kita
bergabung dengan kelas your oppa lah”, kata Hana yang tiba-tiba muncul di
hadapan mata Sejung.
“ Ha ahlah. Baru perasan tadi cikgu sebut nama kelas oppa.
Eh, jap. Yang kau happy sangat ni kenapa? AAAAAA..... suka oppa eh?” Sejung
sengaja menyakat Hana.
Rona merah sudah kelihatan di pipi Hana.
“ Mana ada”
jawabnya pendek.
Tidak mahu berkata panjang takut- takut nanti tersalah cakap.
“ Sejung! Sapu kat sini. Banyak
habuk ni!” jerit Luna yang berada di tepi meja guru di hadapan kelas.
“ Oh
okay”, Sejung menunjukkan tanda ‘ok’
sambil menghadiahkan senyuman kepada Luna tanda dia faham.
Sejung terus
berjalan menuju ke meja berkenaan. Tiba- tiba butang di lengan bajunya tersangkut
pada alas meja tempat Kyungsoo berdiri. Langkahnya terhenti secara tiba- tiba.
Dia berada betul- betul di hadapan tubuh Kyungsoo sehingga hembusan nafas
Kyungsoo menyentuh lembut rambutnya dapat dirasai.
Dia mendongak memandang wajah Kyungsoo begitu
juga dengan Kyungsoo. Mereka berpandangan antara satu sama lain selama 3 saat.
Jantung mereka berdua berdegup kencang. Kyungsoo memandang terus ke arah mata
Sejung yang berwarna coklat itu. Pernafasan mereka tidak terkawal. Kyungsoo
kemudiannya menghadiahkan senyuman yang paling manis kepada Sejung. Sejung amat
tidak selesa dengan keadaan seperti ini. Sejurus selepas itu, Sejung terus
membetulkan butang bajunya.
“ Mianhaeyo, Kyungsoo- ah”, Sejung tunduk tanda
meminta maaf.
Kyungsoo tergelak kecil.
“ Never mind.” Jawabnya lembut.
Sejung
terus menuju ke meja tersebut untuk menyiapkan tugasnya.
Kyungsoo POV
Tatkala Sejung
berada dekat dengan tubuhnya, jantungnya berdegup kencang. Dia dapat merasakan
perasaan yang sekian lama dia tidak merasainya. Dia begitu rindu akan kehadiran
perasaan ini.
“ Huh! Kenapa dengan aku ni?” Kyungsoo bermonolog sendirian sambil
menggosok- gosok lembut dadanya.
Degupan jantungnya semakin laju apabila dia
memandang Sejung semula. Bagaikan hendak tercabut dari akarnya. Kyungsoo cepat-
cepat mengalihkan pandangannya daripada memandang Sejung. Tercungap- cungap
dibuatnya. Kyungsoo menarik nafas panjang untuk menenangkan dirinya semula.
Kyungsoo kemudiannya memerhatikan keadaan
sekeliling, takut- takut ada yang melihat keadaannya yang sedikit cemas itu
tadi.
“ Kalau ada yang nampak malu aku ni. Butang baju Sejung yang tersangkut,
aku pula yang gelabah”, getus hati Kyungsoo.
“ Sabar, sabar Kyungsoo.
Rileks...” Kyungsoo cuba untuk menenangkan dirinya lagi.
Kyungsoo teringat akan pengumuman yang
diberikan tadi. ‘Prom night’.
“ Haah
lah, aku nak pergi dengan siapa nanti? Sejung? Herm.... impossible. Dia bukan kenal aku pun. Kau
jangan buat benda bukan- bukan Kyungsoo”
Dia bermonolog dalaman sambil berjalan
menuju ke tempat duduknya. Kyungsoo membuka begnya lalu mencapai sebuah buku
latihan Chemistry untuk mengisi masa lapangnya sementara menunggu kehadiran
guru muziknya.
Selain terkenal di sekolahnya disebabkan
jawatan ayahnya, Kyungsoo juga terkenal kerana dia merupakan pemain violin yang
hebat sehingga pernah mewakili negara ke Teenage World Solo Violinist
Competition di Australia. Dia berjaya menduduki tempat ke- 4 di dalam
pertandingan tersebut. Ini bermakna Kyungsoo merupakan pemain violin ranking
ke-4 dunia. Memang patut pun dia
diminati ramai gadis di sekolahnya.
Baru sahaja dia hendak memulakan latihan
kimianya, dia diganggu oleh beberapa orang pelajar perempuan yang memanggil-
manggil namanya di luar kelas. Kelihatan semua pelajar di dalam kelas 3A
memandang sekumpulan pelajar perempuan yang tergedik- gedik memanggil nama Kyungsoo
dengan nada manja.
“ Ish sakitlah telinga aku dengar budak- budak gedik kat
luar tu”, rungut Hyunsik kepada Gongchan.
“ Kyungsoo- ah, Kyungsoo- ah. Ish
geli geleman aku”, Gongchan kemudiannya mengejek kelakuan pelajar- pelajar
perempuan tersebut.
Semua pelajar kelas 3A tergelak apabila
melihat gelagat Gongchan meniru aksi sekumpulan pelajar perempuan tersebut.
“
Weyh, blah lah korang tu. Menyibuk je kat sini!”, jerit Luna yang dari tadi
panas telinga mendengar panggilan manja
Krystal dan rakan- rakannya di luar kelas.
Luna merupakan penolong kelas 3A,
jadi dia bertanggungjawab menjaga kebajikan semua pelajar di kelas itu.
Pelajar- pelajar kelas 3A sentiasa berusaha untuk melindungi Kyungsoo dari
pelajar- pelajar perempuan yang terlebih gedik macam Krystal.
Mereka sentiasa bersatu- padu untuk
melindungi antara satu sama lain. Sebab itu
di hati mereka tidak terbit langsung perasaan cemburu kepada Kyungsoo
kerana hubungan mereka seperti satu keluarga yang besar. Ramai lagi pelajar
lelaki kelas mereka yang menjadi tumpuan pelajar- pelajar perempuan di sekolah
ini. Jadi kes- kes gedik seperti Krystal sudah menjadi kebiasaan bagi mereka.
Kyungsoo bangun dari tempat duduknya
lalu menuju ke daun pintu kelasnya.
“ Nak apa ya?” tanya Kyungsoo kepada
Krystal yang sudah mengorak langkah mendekati tubuhnya.
Kyungsoo mundur setapak
ke belakang apabila Krystal mula hendak memaut lengannya.
“ Don’t do this. Saya
tanya baik- baik, awak semua ni nak apa?” soalan itu sekali lagi keluar dari
bibir Kyungsoo.
“ Kyungsoo- ah, can you be my partner for the prom night?”
tanya Krystal sambil menggulung- gulungkan hujung rambutnya itu.
“ Herm, nak goda aku? Jangan haraplah”,
bisik hati Kyungsoo sambil tersenyum sinis kepada Krystal.
“ Mianhae, saya dah
ada partner pilihan saya” Penyataan Kyungsoo membuatkan seluruh rakyat jelata
kelas 3A terkejut.
Mana tidaknya, bila masa Kyungsoo cari pasangannya padahal
dari tadi dia sibuk dengan buku latihannya. Segelintir pelajar kelas tersebut
berpandangan antara satu sama lain termasuk dengan Sejung. Hyunsik dan Gongchan
dapat menangkap apa yang dikatakan oleh Kyungsoo. Gongchan kemudiannya
mengeyitkan matanya kepada para pelajar kelas 3A untuk memberitahu bahawa
Kyungsoo berbohong.
“ Dengan siapa you nak pergi
nanti? Siapa perempuan tu sampai you tak nak berpartner dengan I!?” jerit
Krystal kerana tidak berpuas hati dengan jawapan Kyungsoo sebentar tadi.
“ Tak
perlu tahu kot. Mind your own business”, jawab Kyungsoo tenang.
Muka Krystal
dengan tidak semena- mena menjadi merah padam menahan malu. Tangannya digenggam
seperti buku lima menahan geram. Dia menghentakkan kakinya lalu beredar dari
situ begitu juga dengan konco- konconya.
Kyungsoo kemudiannya tersenyum puas kerana
berjaya membuat mereka beredar dari situ. Keadaan seperti itulah yang
membuatkan dia tidak selesa kerana terpaksa memerah otaknya untuk memberikan
jawapan pada saat- saat akhir.
“ Bagus bro, macam ni lah kawan aku. Kau tak
payah layan sangat perempuan macam tu”, kata Hyunsik sambil menepuk- nepuk bahu
rakannya itu.
Kyungsoo kembali ke tempat duduknya. Dia mencuri- curi
pandangannya untuk memandang wajah Sejung. Tenang. Bagaikan air sungai yang
mengalir dengan perlahan.
Jiwa Kyungsoo yang dari tadinya resah
menjadi setenang wajah Sejung. Seperti tiada apa- apa yang berlaku kepadanya
tadi. Kyungsoo tersenyum sendirian. Sahlah ni, aku suka Sejung, getus hatinya.
Dia meneruskan latihan kimianya dengan hati yang berbunga- bunga. Hyunsik yang
dari tadinya memerhati, hairan dengan kelakuan Kyungsoo yang tersenyum
sendirian.
“Selalunya dia tak macam ini” , bisik Hyunsik di telinga Gongchan.
Mereka berdua memandang antara satu sama lain lalu menjongketkan bahu masing-
masing kerana tidak mengerti apa yang difikirkan oleh Kyungsoo.
TO BE CONTINUED...