Chapter 2
~
Deoneun meongseoriji ma jaebal, nae simjangeul geodu eoga ~
Kedengaran bunyi
telefon bimbit Sejung berdering
menandakan sudah pukul 6.30 pagi. Sejung lantas menyentuh skrin telefonnya
untuk memberhentikan alarm tersebut. Dia bangun dari katilnya menuju ke bilik
air. Matanya tertumpu pada almari bajunya. Sepasang uniform sekolah lengkap
sudah tersedia di depan matanya.
“ Jap, bila masa pula aku dah gosok baju ni?
Eomma! Eomma ke yang tolong gosok baju
Sejung ni?!” jerit Sejung.
“ Ya, semalam eomma tengok Sejung penat sangat.
Eomma tolonglah gosokkan. Dah jangan buang masa, pergi mandi cepat. Sejung,
lepas kamu mandi tolong kejutkan abang kamu sekali,” jelas Puan Park.
“ Baiklah
eomma, terima kasih, saranghaeyo”, tambah Sejung lagi.
Sejurus selepas Sejung habis
mandi, dia menuju ke bilik abangnya iaitu Park Chanyeol. Hubungan mereka
sungguh akrab walaupun mereka sentiasa bertengkar. Perangai Chanyeol yang suka
mengusik Sejung yang menjadi permulaan mereka bergaduh.
“ Oppa, bangun cepat
nanti lambat”,
Sejung mengerakkan tubuh abangnya supaya dia bangun. Tetapi
abangnya masih tidak sedarkan diri.
“ Oppa! Bangun cepat!”
Sejung sudah tidak
tahan lagi. Namun abangnya tidak menunjukkan sebarang tindak balas. Peluh
dingin sudah dirembes keluar dari kulit Sejung yang putih mulus itu.
“ Eh, oppa ni kenapa? Sakit
ke?”
Detik hatinya. Sejung perlahan- lahan menarik tubuh abangnya supaya berada
dalam keadaan terlentang.
“BBAAHHHHHH!!!!!”
Secara tiba- tiba Chanyeol
mengejutkan adiknya itu. Sejung dengan tiddak semena- mena menjerit sekuat
hati. Chanyeol geli hati melihat raut wajah adik kesayangannya itu. Dia ketawa
terbahak- bahak apabila melihat wajah Sejung yang merah menyala menahan
marahnya. Sejung mengetapkan bibirnya. Tangannya digenggam seperti buku lima.
“
BBUUKK”
Tumbukan yang padu terkena tepat di bahu Chanyeol.
Chanyeol mengerang kesakitan
tetapi masih ketawa. Sejung tersenyum puas selepas berjaya melancarkan
serangannya tadi.
“ Sakitlah, Sejung. Kalau oppa mati macam mana?”
Sekali lagi
Chanyeol mengusik adiknya.
“ Takkan mati pun lah. Dahlah oppa, pergi mandi
cepat! Nanti Sejung lambat!”
Sejung mengarahkan abangnya sambil berlalu keluar
dari bilik abangnya. Malas dia nak layan kerenah abangnya pagi- pagi buta ni.
“
Baiklah, tuan puteri,” balas Chanyeol.
Chanyeol mencapai tuala mandinya sambil tersenyum melihat gelagat adik
kesayangannya.
“ Apalah nak jadi kat aku ni
kalau kehilangan Sejung nanti” detik hatinya
“ Ishhh,
apa yang aku fikir ni”.
Chanyeol terus bergegas menuju ke kamar mandi miliknya
untuk menyiapkan diri ke sekolah.
Sejung dan Chanyeol berkejar- kejaran
menuruni anak tangga menuju ke ruang makan yang berdekatan dengan dapur. Puan
Park tersenyum sambil mengeleng- gelengkan kepalanya melihat mereka berdua yang
bagaikan anak kecil. Padahal masing- masing sudah meningkat remaja, tetapi
perangai masih lagi seperti kanak- kanak. Tetapi mereka berdualah penyeri
kehidupan Puan Park yang kehilangan suami akibat daripada kemalangan di tempat
kerja. Encik Park Donghyun, seorang arkitek yang berjaya membina sebuah
jambatan mewah di Seoul, Korea telah meninggal dunia akibat tertimpa batang
besi yang terjatuh dari tingkat atas bangunan yang sedang dibina. Beliau
meninggal dunia semasa Sejung berumur 3 tahun dan Chanyeol berumur 4 tahun.
Sewaktu itu, Puan Park hilang tempat bergantung. Walaubagaimanapun, Puan Park tabah
menghadapi segala kesusahan yang menimpa mereka. Demi anak- anak yang tercinta,
dia sanggup keluar bekerja mencari rezeki untuk membesarkan mereka. Bekerja
sebagai pengurus syarikat kosmetik amat menguntungkannya sehingga beliau
mendapat pangkat doktor di syarikatnya. Hasil titik peluhnya, anak- anak dapat
membesar dengan baik dan mendapat kemudahan yang baik.
Chanyeol dan Sejung mendekati ibu
mereka itu lalu menghadiahkan ciuman di pipi wanita itu. Sudah menjadi
kebiasaan bagi mereka untuk mencium ibu mereka sebelum mereka menikmati sarapan
pagi.
“ Wah! Oppa, eomma buat spagettilah pagi ni. Slrrrppp!! Ermm!!!
Sedapnya!” puji Sejung sambil menyuapkan sesudu spaghetti kedalam mulutnya.
Chanyeol mencubit- cubit pipi adiknya itu lalu menyuapkan sesudu spaghetti
kedalam mulut Puan Park. Sekarang gilirannya pula ingin merasa masakan ibunya.
“ Chanyeol, Sejung cepat sikit makan nanti kamu terlambat nak pergi sekolah. Semalam
eomma dah call pengetua sekolah, dia cakap kelas bermula pukul 8 pagi”, jelas
Puan Park.
Mereka berdua hanya mengangguk. Mereka bergegas ke halaman belakang
rumah mereka untuk mengeluarkan basikal milik masing- masing. Mereka memecut
laju untuk menuju ke sekolah. Semasa dalam perjalanan mereka saling usik-
mengusik antara satu sama lain, ketawa dan macam- macam lagi. Sesungguhnya,
ikatan persaudaraan antara Sejung dan Chanyeol amat akrab.
Sejung POV
“
Oppa, nanti dah habis kelas tunggu depan sekolah tau. Jangan tinggalkan
Sejung.”
Arah Sejung sambil tersenyum manis pada abangnya.
“ Baiklah tuan
puteri, tapi nanti tuan puteri janganlah lambat sangat. Mati kering oppa
nanti.” Terang Chanyeol dalam nada perli.
Mereka berdua berjalan menuju ke kelas
masing—masing. Sebelum ke kelas, Sejung menuju ke arah loker miliknya. Dia
meletakkan barang- barang miliknya ke
dalam loker tersebut. Dia menjeling kearah loker bersebelahan miliknya.
“
Amboi, cantiknya loker. Siap ada sticker lagi. Hah! Ni apa pula? Oh, surat
peminat. Ni mesti hot stuff kat sekolah ni. Bertuahnya aku dapat loker sebelah
dengan dia”, getus hati Sejung yang teruja dengan kecantikan loker yang berada
di sebelahnya. Setelah selesai meletakkan barangnya, Sejung menarik pintu
lokernya.
“ Anyeonghasaeyo,” tegur lelaki yang
berbadan sederhana itu kepada Sejung.
Sejung tersentak lalu mencari arah suara
tersebut. Dia memalingkan kepalanya ke sebelah kanannya. Seorang lelaki yang
berbadan sederhana berdiri di sebelahnya.
“ Perggghhh, wanginya mamat ni.
Handsome tu, bolehlah tahan. Tapi, oppa lagi handsome kot aku rasa”, komen
Sejung di dalam hatinya.
“ Anyeonghasaeyo,” lembut saja tegurannya kali ini.
“
Oh, nae, anyeonghasaeyo”, jawab Sejung tergagap- gagap.
Dia sedikit gugup
berdiri di hadapan lelaki yang tidak dikenalinya. Dia menjeling kearah tanda
nama yang tersemat kemas di dada sebelah kiri lelaki itu.
‘ Do Kyungsoo’.
“Krrrriiiiiiinnggggggg!!!!!!”
Loceng berbunyi menandakan semua pelajar harus
mengosongkan kaki lima dan memasuki kelas masing- masing. Sejung dalam keadaan
tergopoh- gapah mengunci lokernya lalu bergegas menuju ke kelas. Melilau- lilau
matanya mencari kelas 3A. Semua orang sudah memasuki kelas masing- masing,
tetapi Sejung masih terkial- kial mencari kelasnya. Sepit merah jambunya yang sudah
senget di rambut dibetulkan kedudukannya.
“ Memang baguslah kan, aku tak jumpa
kelas. Ish, macam mana ni? Sekolah ni pun, asal lah besar sangat?” rungut
Sejung sendirian.
Kelihatan dari jauh kelibat seorang wanita menghampirinya. Penampilan
wanita itu sungguh kemas. Berkaca mata, berambut pendek mencecah bahu sambil
membawa buku ditangannya. Sahlah itu cikgu, getus hati Sejung.
“
Anyeonghasaeyo, Puan boleh saya tanya? Kelas 3A dimana?” tanya Sejung dalam
nada meminta simpati.
“ Oh, itu kelas saya. Awak pelajar baru kan? Kalau tak
silap saya, awak ni, Park Sejung kan?” tanya wanita itu lagi.
“ Ya, puan saya
Sejung”. Sejung tunduk memberi tanda hormat kepada guru tersebut.
“ Saya
Puan Minsoo, merangkap guru kelas dan
guru Biologi awak. Selamat berkenalan dan selamat datang”, mesra sungguh
perkenalan Puan Minsoo.
“ Mari ikut saya”, arah Puan Minsoo.
“ Cikgu dah datang!” jerit salah seorang
pelajar dari kelas 3A.
Keadaan kelas menjadi kucar- kacir apabila Gongchan memberi
isyarat bahawa guru kelas mereka sudah sampai. Apabila Puan Minsoo melangkah
masuk, keadaan kelas menjadi senyap sunyi seperti tidak berpenghuni.
“ Bangun,
selamat pagi Puan Minsoo”, Ketua kelas memberi ucapan selamat.
“ Okay, hari ini
kita ada rakan baru. Silakan masuk Sejung”, Puan Minsoo memulakan bicara.
Sejung melangkah masuk ke dalam
kelas tersebut. Dia hanya memandang lantai kelas tersebut sebelum dia berada di
tengah- tengah hadapan kelas itu.
“ Sejung, perkenalkan diri awak” pinta Puan
Minsoo.
“ Alamak, cikgu ni. Apa aku nak cakap ni? Semua tengah pandang aku.
Malunya.” Bisik hati Sejung.
Telapak tangannya mula terasa dingin kerana
gementar.
“ Anyeonghasaeyo, nama saya Park Sejung dari Kyeonggi-Do. Saya
berpindah ke sini atas urusan kerja eomma saya. Eomma saya merupakan seorang
pengurus di syarikat The Style. Ayah saya...” Sejung berhenti disitu.
“ Ayah
kau pula kerja apa?” tanya seorang pelajar lelaki yang duduk di meja hadapan Sejung.
Sejung menarik
nafas panjang dan meneruskan kata- katanya.
“ Dahulu ayah saya merupakan
seorang arkitek, Encik Park Donghyun. Tapi dia sudah meninggal 14 tahun yang
lalu”.
Sejurus sahaja nama ayahnya disebut, keadaan kelas menjadi hingar-
bingar. Ada yang mengatakan bahawa mereka amat mengenali Park Donghyun.
“ Eh,
aku rasa macam pernah dengar nama tu” kata segelintir pelajar perempuan yang
duduk di meja paling belakang kelas.
“ Ish, diorang ni kenal ayah aku
ke? Bukankah dia dah lama meninggal? Kenapa diorang ni?” tanya Sejung
sendirian.
“ Okay kelas, tolong senyap. Sejung, ada apa- apa lagi?” .
Pertanyaan Puan Minsoo berjaya membuatkan kelas itu senyap semula.
“ Tak de, cikgu” jawab
Sejung.
“ Kalau tak de pape, awak boleh duduk di meja yang kosong tu”.
Puan
Minsoo menudingkan jarinya ke arah tempat duduk Sejung yang berada di barisan
ke 3 dan berada di tepi tingkap kelas itu.
“ okay kelas, saya harap awak
berikan kerjasama kepada Sejung selepas ini”, kata Puan Minsoo pendek lalu
meneruskan pengajaran biologinya pada pagi itu.
Beberapa pelajar yang duduk
berhampiran dengannya melambai-lambaikan tangan mereka tanda mereka mahu
berkenalan.
“ Peramah jugak diorang ni”, bisik
hati Sejung.
“ Harap- haraplah tak de kejadian yang tidak diingini berlaku
selepas ni”.
Sejung risau takut- takut ada yang akan membulinya. Dia membuka
kotak pensil miliknya dan mencari- cari pen berwarna biru yang sering dia
gunakan untuk menulis. Tetapi usahanya gagal kerana pen tersebut tidak ditemui.
“ Ni mesti oppa ambil. Ish dia ni!” Sejung mengetapkan bibirnya.
“ Nah, tak de
pen eh? Ambil lah”, seorang gadis yang berkaca mata, mempunyai rambut yang
panjang dan lurus berwarna coklat hazel itu menegur Sejung dengan senyuman yang
amat manis.
“ Hai, nama saya Jung Hana”
bisiknya perlahan tidak mahu menganggu pembelajaran yang sedang
berjalan.
“ Hai, kamsahabnida”, balas Sejung pendek.
Sepanjang Sejung berada di sekolah,
Hana lah yang menemaninya ke mana sahaja dia pergi.
“ Hana, boleh saya tanya?”
Sejung memulakan perbualannya sementara dia menunggu abangnya di hadapan
sekolah.
“ Apa dia?” balas Hana.
“ Yang duduk dekat bawah pokok tu siapa?”,
Sejung memuncungkan bibirnya ke arah sebuah pohon yang redang di hadapan
sekolah mereka.
“ Oh, yang tu. Nama dia Do Kyungsoo. Herm, budak hot sekolah
ni. Maklumlah anak orang kaya. Takkan kau tak perasan dia ada dalam kelas
tadi?” tanya Hana.
“ Ada lah perasan jugak. Budak hot? Tapi kenapa dia macam
humble semacam? Bukan selalunya budak hot ni sombong and berlagak ke? Budak hot
yang ini pendiam dan macam suka menyendiri je aku tengok”, tanya Sejung panjang
lebar.
“ Dia memang macam tu, sebab tu ramai yang suka berkawan dengan dia. Tak
menunjuk sangat yang dia tu kaya. Kalau nak tahu ayah dia tu, pengarah syarikat
Samsung tau. Sekolah ni pun ayah dia boleh beli. Hah! Lagi satu, dia pun dari
Kyeonggi-Do” jelas Hana panjang lebar.
“Hah! Mengumpat eh!?” terjahan Chanyeol
dari belakang mengejutkan dua orang gadis yang asyik berbual itu.
“Oppa!!!!!!
Jerit Sejung menandakan yang dia geram dengan sikap abangnya yang suka
menganggu.
Chanyeol terus- terusan mentertawakan Sejung. Mereka berdua saling
bertamparan sehingga terlupa bahawa Hana yang dari tadi berdiri di sebelah
Sejung bingung dengan apa yang
dilihatnya.
“ Ehem”
Bunyi itu terkeluar dari kerongkong Hana.
“ Oh oppa,
perkenalkan Jung Hana, my friend.”
Sejung memperkenalkan Hana dengan senyuman
yang amat manis. Chanyeol kemudian mencubit pipi adiknya itu lalu
memperkenalkan dirinya.
“ Oh hai, saya Park Chanyeol abang kepada Sejung yang
nakal ni”, jelas Chanyeol.
Satu cubitan maut singgah di pinggang Chanyeol.
“
Aduh!”
Chanyeol mengerang kesakitan. Mereka bertiga kemudiannya menghabiskan
perbualan dengan gelak tawa yang cukup mesra.
Semenjak dari hari itu, Sejung
dan Hana menjadi kawan baik, berkongsi cerita malahan mereka sering bertukar
cerita tentang latar belakang masing- masing. Mereka berdua juga merupakan
pelajar cemerlang di dalam kelas 3A. Sejung sentiasa membawa Hana pulang ke
rumahnya untuk mengulang kaji pelajaran bersama. Setiap hujung minggu, mereka
akan keluar ke Myeong- deong untuk pergi membeli – belah bersama dengan Puan
Park. Puan park juga telah mengenali Hana dan menganggap Hana seperti anaknya
sendiri. Sejung pula sudah dapat membiasakan diri di dalam sekolahnya. Rakan-
rakan sekelas juga amat menyenangi Sejung.
TO BE CONTINUED...