HIBM {Chapter 10}
May 30, 2014
@11:02 PM
Chapter 10
Hana POV
Hana memasuki perkarangan rumahnya setelah Chanyeol menghantarnya di hadapan pagar rumah. Dia menekan butang yang terletak di sebelah pintu rumahnya lalu memasuki rumahnya dalam keadaan yang sedikit letih.
Dia berjalan menuju ke ruang tamu rumah banglo itu. Seperti biasa, dia dapat melihat seorang gadis yang berpakaian seksi itu sedang terduduk di atas sofa yang berada di ruang tamu itu. Dia sudah lali dengan sikap abang angkatnya yang sering membawa perempuan- perempuan seperti itu pulang ke rumah. Maklumlah ibubapa angkatnya sering ke luar negara atas urusan kerja. Jadi, mereka tiada masa untuk melihat keadaan rumah dan sikap anak kandung mereka yang sudah liar berkawan dengan perempuan- perempuan murahan seperti itu. Hana melemparkan pandangan sinis ke arah wanita itu.
“ Oppa, mana?” tanya Hana dalam nada yang sedikit kasar.
Wanita itu tersentak dengan pertanyaan Hana yang tiba- tiba itu. Dia menunjukkan reaksi yang sedikit gerun dengan mimik muka Hana yang masam.
“ D....dia... de... de” suara wanita itu bergetar mahu menjawab soalan Hana sebentar tadi. “ Dia apa?!” tengking Hana kepada wanita itu. Baginya, wanita seperti itu tidak layak dilayani dengan baik. Baru sahaja wanita itu hendak menjawab semula pertanyaan Hana, Jung Daehyun tiba- tiba muncul dari arah belakang Hana.
“ Kau tak payah nak tengking- tengking boleh tak?! Bingit telinga aku ni lah dengar suara kau!” kata Daehyun yang marah dengan sikap Hana yang selalu menengking wanita itu tatkala wanita itu berada di rumahnya.
Hana mengherotkan bibirnya tanda menyampah dengan sikap abang angkatnya yang membela wanita itu. Dia berjalan menuju ke arah salah satu sofa empuk yang berada di hadapannya. Hana melabuhkan punggungnya dan mengeluh berat kerana kepenatan.
“ Sayang, you balik dulu eh? I ada benda nak bincang dengan Hana,” kata Daehyun lembut kepada wanita itu. Wanita itu hanya mengangguk tanda dia faham dengan arahan Daehyun.
Hana yang melihat mereka berdua mengejek- ejek abangnya mengikut gerak mulut lalu dia menjeling apabila mata wanita itu bertentang dengan mata Hana.
“ Dah lah. Nak balik tu, balik je lah. Bosan aku tengok kau hari- hari dekat sini. Perempuan tak tahu malu....” Hana menghabiskan kata- katanya dengan nada yang perlahan.
Wanita itu lantas bangun dari tempat duduknya dan berlalu pergi dari situ. Mungkin tidak tahan lagi dengan kata- kata Hana yang pedas itu.
“ So, macam mana plan pertama? Okay?” Daehyun memulakan bicaranya selepas melihat Hana yang memandang tajam ke arah ‘teman wanitanya’ .
“ Okay, semuanya berjalan dengan lancar sekali.” Hana sudah mula menunjukkan minat apabila abangnya mula bercakap tentang rancangan mereka.
“ Great! Okay, continue with our next plan. Good Job, Hana! Kau memang adik aku!” Daehyun bersorak keriangan sambil ketawa berdekah- dekah memikirkan rancangan mereka untuk menghancurkan hidup orang- orang kaya seperti Sejung dan Chanyeol.
Sebelum ini, mereka sudah banyak mengaturkan strategi untuk mengkhianati semua orang- orang kaya yang berkawan rapat dengan Hana. Jadi, Sejung dan Chanyeol bukanlah mangsa pertama mereka. Disebabkan Sejung mempunyai seorang abang, maka makin senanglah kerja mereka untuk meneruskan rancangan jahat mereka. Hana boleh menggunakan kecantikan yang ada untuk memikat Chanyeol. Sekarang sudah terbukti bahawa Chanyeol sudah termasuk dalam perangkap mereka. Chanyeol juga sudah semakin mempercayai Hana.
Tiba- tiba Hana dapat merasakan sesuatu yang tidak kena dengan dirinya. Hatinya sakit apabila melihat abangnya mentertawakan Sejung dan Chanyeol. Lebih- lebih lagi apabila abangnya mengeluarkan perkataan ‘bodoh’ yang ditujukan kepada Chanyeol. Hana bingkas bangun dari sofa itu dan berjalan menuju ke biliknya.
Hana membersihkan dirinya lalu menghempaskan badannya ke atas katil miliknya. Dia meraba- raba lehernya mencapai rantai leher yang diberikan oleh Chanyeol semasa majlis prom night itu tadi. Dia merenung ke arah rantai leher yang mempunyai loket kecil berbentuk hati itu.
“ Hemph, rantai ni mesti mahal. Orang kaya, semuanya sama sahaja. Mesti ke bagi hadiah mahal- mahal macam ni?” bisik hati Hana yang tidak berpuas hati dengan pemberian Chanyeol itu. Walaubagaimanapun, dia tetap memakai rantai itu.
Flashback
Majlis Prom Night
Kelihatan Sejung dan Chanyeol sudah menaiki anak tangga yang berada di tepi pentas itu. Sekarang merupakan giliran mereka untuk membuat persembahan. Mereka mendapat tepukan yang gemuruh tatkala mereka menjejakkan kaki di atas pentas itu. Sejung mendapatkan tempat duduknya yang berada di hadapan piano manakala Chanyeol duduk di atas kerusi yang menghadap ke arah penonton bersama dengan gitarnya.
Mereka memulakan persembahan mereka dengan penuh bersemangat. Chanyeol memandang Sejung untuk menunjukkan sedikit interaksi antara mereka semasa persembahan itu berjalan. Mereka berdua menyanyikan lagu Titanium yang dipopularkan oleh David Guetta. Para penonton memberikan tepukan dan sorakan yang kuat semasa Sejung berjaya mencapai ‘ high notes’ lagu itu.
Sejurus selepas mereka menghabiskan persembahan mereka, Chanyeol mendapatkan microfon. “ Okay, the next song.... It is for my love one. I’ll sing It’s You by Lee Taemin”, Chanyeol menjeling ke arah Sejung tanda persetujuan kedua- dua belah pihak untuk meneruskan persembahan ini.
Chanyeol menyanyikan lagu tersebut dengan penuh perasaan. Matanya hanya memandang tepat ke arah tubuh Hana yang berdiri tegak tidak jauh dari arah pentas. Perlahan- lahan dia melangkah yang diiringi oleh ‘spotlight’. Dia berjalan menuju ke arah Hana sambil menyanyikan lagu itu. Setibanya dia dihadapan Hana, dia berhenti lalu menghabiskan lagu tersebut. Chanyeol berhenti memainkan gitarnya.
Dia menyeluk poket seluarnya untuk mencapai sesuatu. Lalu, dia menghampiri tubuh Hana. Kelihatan peluh dingin dirembes keluar dari kulit dahi Hana. Chanyeol hanya ketawa kecil melihat gelagat Hana yang sedikit gugup itu. Dia merapatkan dirinya seperti hendak memeluk tubuh Hana. Dengan keadaan begini, para penonton yang dari tadi melihat pergerakan Chanyeol terkejut.
Chanyeol menyarungkan rantai leher yang dibelinya itu untuk Hana. Dia merapatkan dirinya ke tubuh Hana lagi. Chanyeol dengan tidak semena- mena bertindak mencium dahi Hana tanpa segan silu di depan khalayak ramai. Kelihatan rata- rata pelajar perempuan terlopong melihat kejadian itu. Ada yang berkerut- kerut dahi tanda mereka tidak berpuas hati dengan tindakan Chanyeol itu. Mereka kelihatan cemburu kerana mereka masih menaruh harapan untuk mendapatkan Chanyeol.
“ Chanyeol-ah, jangan buat macam ni. Malu orang tengok,” kata Hana sambil menolak lembut tubuh Chanyeol. Chanyeol tersenyum lebar sehingga menampakkan sebaris giginya. Chanyeol kelihatan begitu gembira.
“ Biarlah orang tengok...” balas Chanyeol.
Hana kelihatan sedikit terkejut dengan kenyataan yang diberikan oleh Chanyeol tadi. “ Biar? Gila ke apa? Dahlah ramai peminat. Nanti tak pasal-pasal aku yang kena ‘bash’ ” bisik hati Hana.
“ Okay, everybody! Listen. From now, Hana will be mine. Only mine!” suara Chanyeol memenuhi ruang dewan tersebut.
“ Hmmpp! perempuan tu bukannya baik sangat pun. Nampak je baik, tapi....perangai?” kata salah seorang pelajar perempuan yang berada tidak jauh dari tempat Hana berdiri.
“ Ish kau ni.. Kau kenal dia ke? Suka hati kau je cakap macam tu. Kalau Chanyeol oppa dengar, mati kau,” balas temannya.
“ Aku kenal dia. Dia je tak kenal aku. Aku dengar cerita yang dia tu kaki penipu, pisau cukur,” katanya lagi.
“ Woi! Dahlah. Jangan kutuk dia lagi. Aku tengok dia baik je. Kalau betul lah dia buat semua tu.... Mungkin sekarang dia dah insaf? Siapa tahu? Kau tahu? Tak kan...” balas temannya malas hendak mendengar kutukan-kutukan tersebut.
Hana yang dapat mendengar perbualan dua rakan itu terus menjeling mereka berdua. Hatinya sakit mendengar kutukan mereka. Semua kutukan yang kerap kali didengarinya itu sudah membuatkan dia lali. Apa yang mereka cakapkan itu semuanya benar. Memang dia sengaja berkawan dengan anak- anak orang kaya yang berada di sekelilingnya. Kutukan- kutukan itu juga menjadi pemangkin utama untuk dia meneruskan lagi rancangan jahatnya.Chanyeol yang berada di depannya tersenyum gembira memandang wajah Hana yang putih mulus itu.
Hana tersenyum sinis sendirian mengingati kembali peristiwa yang terjadi di majlis itu tadi. Dia memejamkan matanya perlahan- lahan. Wajah Chanyeol muncul dengan tiba- tiba. Hana terkejut lalu membuka matanya.
“ What’s wrong with me? Why him? No. No. I don’t love or even like him. Hana menggosok- gosokkan matanya. Dia menarik nafas panjang lalu memejamkan matanya lagi. Wajah Chanyeol dilihatnya lagi. Namun, apakan daya, dia cuba untuk melelapkan matanya. Hana memejam kuat matanya. Selepas beberapa jam baru dia dapat tidur.
Sekolah ( Sebulan kemudian)
Chanyeol, Baekhyun dan Jongdae kelihatan gementar dengan nota- nota kecil yang dipegang oleh mereka dari pagi tadi. Jongdae memerhati sekeliling. Kebanyakan daripada mereka kelihatan gelisah. Gementar. Rakan- rakannya yang lain sudah memenuhi ruang luar dewan sekolah mereka. Pada hari ini, mereka akan menduduki peperiksaan SAT yang menentukan hala tuju hidup mereka selepas ini.
Jongdae memandang sekeliling mencari kelibat seseorang yang ditunggunya. Hatinya gelisah.
“ Sejung, where are you? Exam nak mula dah ni,” bisik hatinya. Dia memandang ke arah jam tangannya yang menunjukkan jam 8.45 pagi. “ Another 15 minutes left,” Jongdae menarik nafas panjang. Terkumat- kamit mulutnya menyebut nama Sejung. “ One, two, three...” dia mengira.
“ Jongdae! I’m sorry,” Sejung yang datang dalam keadaan tercungap- cungap menyentuh lembut bahu Jongdae. Dia mengelap peluh yang mengalir di pipinya.
“ Tadi basikal pancit tengah jalan,” nafas Sejung masih lagi tidak stabil. Agaknya dia berlari tadi. Jongdae tersenyum melihat pergerakan Sejung yang sedang mengelap peluhnya.
“ Never mind” kata Jongdae. “ So, mana janji semalam?” tanya Jongdae mengenai janji Sejung semalam.
“ Hah? Janji apa?” Sejung hairan. Jongdae tetap tersenyum memandang Sejung supaya Sejung mengingati kembali janjinya semalam. Sejung memandang tepat pada mata Jongdae. Dia cuba mengingati apa yang dijanjinya dengan Jongdae.
“ Ohhhh!!! Okay,okay. Dah ingat.” Sejung meraba- raba beg sandangnya. Dia mengeluar sebuah bungkusan.
“ Here! I’ve made it by myself,” Sejung menyerahkan bungkusan itu ke tangan Jongdae. Jongdae segera mendapatkan bungkusan itu. Dia membuka bungkusan itu. Terdapat beberapa bekas makanan di dalamnya.
“ Thank you,” ucap Jongdae.
Chanyeol yang dari tadinya bersama- sama Baekhyun menghafal notanya mendekati Sejung dan Jongdae.
“ Jongdae, jom. Pengawas dah panggil masuk dewan,” kata Chanyeol.
“ Okay,” balas Jongdae.
Jongdae mendekati tubuh Sejung. “ Wish me luck. Saranghae.” Bisik Jongdae ke telinga Sejung. Sejung mengangguk- anggukkan kepalanya.
“ Thanks again!” Jongdae menunjukkan bekas makanan itu. “ You’re welcome. Good luck, Jongdae.” Kata Sejung.
Jongdae tersenyum dan menunjukkan thumbs up. “ Good luck, oppa! Fighting! Baekhyun! Good luck too!” kata Sejung sambil menegur Baekhyun yang berada di sisi Chanyeol.
“Chanyeol?” tiba- tiba Puan Park muncul di depan mereka.
“ Good luck, jawab elok- elok, honey,” kata Puan Park lembut.
“ Eomma? Bila eomma balik?” Chanyeol terkejut dengan kehadiran ibunya lalu memeluk erat tubuh ibunya. Puan Park sudah sebulan berada di Paris kerana ada urusan tertentu.
“ Eomma baru sampai, sayang,” jawab Puan Park.
“ Chanyeol, let’s go. Exam nak start ni,” Jongdae memanggilnya.
“ Okaylah eomma, Sejung. Annyong!” kata Chanyeol sambil menarik sedikit rambut Sejung. Sengaja mengusik Sejung. Sejung memandang tajam ke arah Chanyeol. Chanyeol ketawa lalu menuju ke dewan peperiksaan.
TO BE CONTINUED.....