HIBM {Chapter 4}
Nov 14, 2013
@11:07 PM
Chapter 4
Di kelas 4A
“ Okay! Kita buat ikut rancangan tadi. Good job Baekhyun.” Chanyeol menunjukkan thumbs up dan kemudiannya memeluk rakannya itu.
Jongdae yang duduk bersebelahan dengan Baekhyun menepuk- nepuk tangannya dengan penuh gembira.
“ Baekhyun- ah, boleh tak kau tolong temankan adik aku balik nanti?” tanya Chanyeol kepada rakannya itu.
“ Okay no hal. Jap, Sejung tahu kan pasal plan kau ni?” tanya Baekhyun.
“ Hah! Dia tahu aku nak buat ni. Tapi nanti kau ceritalah kat dia pasal rancangan kau tu” terang Chanyeol lagi.
“ Jongdae, kau ikut aku. Nanti kau tolong aku hantarkan pesanan dekat dia” Chanyeol tersenyum gembira tatkala dia memberitahu sebahagian daripada rancangan kepada Jongdae.
Di kelas 3A
“ Sejung-ah, aku balik sekali dengan kau boleh?” tanya Hana yang berdiri di hadapan meja Sejung.
“ Eh, tak boleh. Aku ada hal lain. Mianhae”, jawab Sejung menggelabah.
“ Sejung-ah cepatlah. Nanti lambat!” jerit Baekhyun dari luar kelas.
“ Ya!” jawab Sejung
. “ Okaylah, Hana aku kena pergi dulu. Goodbye”, Sejung berlari- lari anak semasa hendak keluar kelas untuk mendapatkan Baekhyun yang dari tadi sudah menunggunya.
“ Mianhae oppa, lambat tadi. Hana nak balik sekali”, kata Sejung. Baekhyun yang mendengar tersedak air liur.
“ Uhuk! Habis tu Sejung jawab apa? Uhuk! Uhuk!, tanya Baekhyun terbatuk- batuk kerana tersedak.
“ Eh, oppa. Gwaenchana? Sejung menepuk- nepuk belakang Baekhyun sambil tergelak kecil.
“ Haa... Okay- okay”, jawab Baekhyun menarik nafas panjang.
“ Sejung jawab yang Sejung ada hal lain. Hehehehehe, pandai tak?” tambah Sejung.
“ Herm, yelah pandai” jawab Baekhyun.
“ Nasib baik dia tak syak apa- apa tadi. Kalau tak rosak rancangan oppa”, kata Sejung yang sedang berjalan disisi Baekhyun menuju ke tempat letak basikal.
“ Kalau dia syak tadi, oppa rasa mesti Chanyeol tu dah kerjakan Sejung habis- habis”, Baekhyun mengusik Sejung.
“ Ha ah kan? Boleh mati Sejung hari ni” jawab Sejung.
Mendengar jawapan Sejung, mereka berdua dengan tidak semena- mena tergelak memecah suasana sunyi di tempat letak basikal itu.
“ Oppa, nak tunggu diorang boleh tak? Sejung nak tengok hasilnya nanti. Tunggu dekat bus stop depan sekolah tu eh?” pinta Sejung.
“ Lah, tak nak balik dulu?” tanya Baekhyun.
“ Tak nak.” Jawab Sejung pendek.
“ Herm, okay. Tapi, kita kena menyorok tau bila Chanyeol keluar”, kata Baekhyun.
“ Okay, no hal” jawab Sejung sambil menaikkan thumbs up kearah Baekhyun.
Baekhyun dan Sejung berjalan menuju ke pintu pagar sekolah. Sejung yang sedang menuntun basikalnya tidak sedar bahawa Baekhyun sudah jauh meninggalkannya.
“ Sejung! Cepatlah! Kenapa lambat sangat?!” jerit Baekhyun yang sudah sampai di hadapan pintu pagar sekolah.
“Ya! Sekejap!” jawab Sejung.
Kelihatan Baekhyun sedang berbual- bual dengan seseorang sambil menunggu kedatangan Sejung.
“ Eh, oppa cakap dengan siapa tu?” Sejung bermonolog sendirian. Dia meneruskan perjalanannya menuju ke arah tempat Baekhyun berdiri.
“ Hah! Sampai pun. Ingatkan tahun depan baru nak sampai” usik Baekhyun.
“ Ish, senyaplah. Oppa cakap dengan siapa tu?” jawab Sejung dengan pertanyaannya.
Dia terjongket- jongket untuk melihat kelibat orang yang bercakap dengan Baekhyun. Badan Baekhyun yang tinggi daripadanya membuatkan pandangan Sejung terhalang. Melihat keadaan Sejung, Baekhyun mengalihkan tubuhnya.
Tatkala itu, wajah Kyungsoo muncul di hadapan mata Sejung. Kyungsoo memandang tepat ke arah mata Sejung. Mereka berdua saling berpandangan.
“ Oh, Kyungsoo. Ingatkan siapa tadi.” Kata Sejung.
“ So, kau nak balik dulu ke, nak tunggu hyung?” tanya Baekhyun kepada Kyungsoo.
“ Tunggu hyung je lah.” Jawab Kyungsoo.
“ Dah jom! Kita berangkat ke singgah sana bus stop!” kata Baekhyun.
Di Kelas 3A
“ Tuk! Tuk! Tuk!” Bunyi ketukan pintu kelas 3A mengejutkan Hana yang sedang mengemas barangnya untuk pulang ke rumah.
Kelihatan seorang lelaki berada di daun pintu kelasnya. Hana mengecilkan kedua- dua kelopak matanya. Penglihatannya tidak jelas kerana dia menanggalkan cermin mata.
Lama kelamaan lelaki tersebut menghampirinya. Hana terkejut dengan tindakan lelaki tersebut yang menghampiri tubuh genitnya. Sejurus selepas itu dia menyarungkan kembali cermin matanya.
“ Oh, Jongdae sunbaenim rupanya”, bisik hatinya.
“ Anyeonghasaeyo, ni Hana kan?” tanya Jongdae.
“ Nae, sunbaenim.” Jawab Hana pendek sambil tunduk hormat kepada seniornya. Hatinya mula gusar kerana bimbang ada sesuatu yang tidak kena.
“ Tolong pergi ke stadium basketball dalam masa 5 minit.” Terang Jongdae serius. Hana membuntangkan matanya.
“ A..aa...aa.. ada apa-apa ke sunbaenim? Tanya Hana gugup.
“ Jangan tanya apa-apa lagi.” Jawapan Jongdae kali ini betul- betul serius. Kaki Hana mula goyah kerana memikirkan apa yang akan menimpanya selepas ini.
“ Sunbaenim, boleh saya tahu kenapa saya mesti ke sana?” tanya Hana lagi sambil menundukkan kepalanya.
“ Daanggg!!!!!! Saya cakap jangan tanya lagi!” Jongdae meninggikan suaranya setelah dia mengetuk meja Hana.
“ Nae, ss..ss... sunbaenim, mianhaeyo. Baiklah saya akan ke sana.”
Suara Hana mula berubah. Matanya mula berkaca, air mata bila- bila masa sahaja boleh mengalir. Mana taknya, kalau bukan kerana hal yang penting kenapa Jongdae tiba- tiba datang ke kelas marah- marah begini.
Jongdae mendekatkan dirinya ke tubuh Hana lalu membisikkan sesuatu ke telinga Hana.
“ Jangan lambat” bisikan Jongdae mengejutkan diri Hana.
Jongdae kemudiannya berlalu pergi tanpa menghiraukan keadaan Hana yang gelisah bagai cacing kepanasan.
Hana mengerling ke arah jam dinding yang tersangkut di hadapan kelasnya.
“ Jumpa dalam masa 5 minit? Aku dah lambat!!!” Hana mengesat kesan saki – baki air matanya yang mengalir sedikit ketika Jongdae memarahinya tadi. Hana memikul begnya lalu bergegas ke tempat yang diberitahu oleh Jongdae sebentar tadi.
Di Bus Stop
“ Hyung, nak apa- apa ke? Kyungsoo nak singgah kedai sekejap.” Kyungsoo memulakan bicara selepas mereka tiba di perhentian bas.
“ Herm.. Bagus. Belikan hyung my favourite mocha and some chocolate candies.” Jawab Baekhyun sambil tersenyum memandang sepupunya itu.
“ Ermm... Sejung nak apa-apa ke?” tanya Kyungsoo sedikit gagap sambil menggaru-garukan kepalanya yang tidak gatal. Malu rasanya.
“ Eh, boleh jugak. Aku nak aiskrim Red Bean satu and a bottle of plain water. Hauslah.” Jawab Sejung sambil mengurut- urut tekaknya yang haus.
“ Kalau tak de red bean macam mana?” tanya Kyungsoo meminta kepastian.
“ Kalau tak de, beli je perisa apa-apa selain perisa coklat. I don’t like chocolate flavour.”
Sejung menegaskan bahawa dia tidak menyukai aiskrim yang berperisa coklat.
Kyungsoo mengganguk tanda dia faham dengan permintaan Sejung dan Baekhyun lalu beredar dari perhentian bas untuk ke kedai runcit berdekatan.
Di Stadium Basketball
Tatkala Hana melangkah masuk ke dalam stadium berkenaan dia hairan dengan suasana di dalam yang senyap sunyi seperti tiada orang.
“ Aik, tak de orang pun dekat sini. Sunbaenim suruh pergi sini mesti nak jumpa orang. Takkan dia nak kenakan aku? Pelik. Lampu terbuka tapi tak de orang.”
Sejung mula mengorak langkahnya ke tengah- tengah stadium bertutup milik sekolahnya itu.
Hana memandang sekeliling stadium berkenaan dengan hairan.
Tiba- tiba seluruh stadium berkenaan gelap tidak berlampu. Hana yang terkejut dengan kejadian itu menggelabah.
“ Jung Hana...”
Hana terkejut dengan suara yang memanggil namanya dengan tiba- tiba. Dia mencari- cari kelibat orang yang memanggilnya.
“ Ish.. siapa pula yang panggil ni? Dah lah gelap- gelap macam ni. Panggil nama aku guna mic? Gila ke apa?” Hana membebel sendirian.
Matanya tertumpu di satu sudut stadium berkenaan yang disertakan spotlight. Kelihatan kelibat seorang lelaki sedang duduk di atas kerusi memandangnya.
“ Eh, itukan Chanyeol oppa.” Hana bermonolog sendirian.
Chanyeol yang dari tadi memandang Hana tersenyum melihat wajah Hana yang kehairanan. Tanpa membuang masa, dia memetik gitar yang berada di pangkuannya lalu menyanyikan lagu Its You untuk Hana.
Hana yang masih kehairanan menggaru- garukan kepalanya. Hana berdiri di situ sehingga lagu yang dinyanyikan Chanyeol tamat.
“ Jung Hana...” Chanyeol memanggil nama Hana buat kali kedua.
Dia mengorak langkahnya menghampiri tubuh Hana. Tubuh Hana yang kecil menyebabkan Chanyeol tunduk memandangnya.
Tatkala itu jantung Hana mula berdegup kencang. Dia mula memahami apa yang dilakukan oleh Chanyeol sebentar tadi. Hana tersenyum apabila dia mula memahami gerak geri Chanyeol. Tapi jantungnya yang tidak keruan itu menyebabkan peluh dingin membasahi dahinya.
Hana mendongak memandang Chanyeol yang bertubuh tinggi lampai itu. Jarak antara mereka sungguh rapat. Hana makin tidak keruan apabila Chanyeol memandangnya tanpa berkata- kata.
Chanyeol yang perasan dengan keadaan Hana tersenyum.
“ Jung Hana..” Chanyeol menyebut namanya lagi.
“ Herm?” Hana mendengus.
“ Saranghae” kata Chanyeol pendek.
Tatkala perkataan tersebut keluar dari mulut Chanyeol, tubuh Hana mula menggeletar. Jantungnya sekali lagi berdegup kencang bagai mahu tercabut dari akarnya. Hana diam tidak terkata. Mulutnya terkunci pada saat itu.
Chanyeol mula mencapai kedua- dua belah tangan Hana. Tangan Hana digenggam erat. Sejuk. Itu yang dia rasai apabila memegang tangan Hana. Nervous rasanya. Dia memandang tepat ke arah mata Hana.
“ I fall in love with you since our first met, Hana. I keep this feelings until today.” Chanyeol memulakan bicara. Dia kelihatan bersungguh- sungguh semasa meluahkan perasaannya kepada Hana.
Hana membisu, tidak membalas apa- apa yang dikatakan oleh Chanyeol. Sebenarnya dia juga menyimpan perasaan yang sama kepada Chanyeol selama ini. Cuma dia tidak berani meluahkannya kerana takut dia tidak selesa untuk berhadapan dengan Sejung jika Sejung tahu bahawa dia sukakan Chanyeol.
“ Hana, please say something.” kata Chanyeol yang melihat Hana termenung memandang lantai.
“ Hana” Chanyeol sengaja mengenggam tangan Hana dengan kuat.
Hana yang terkejut dengan perbuatan Chanyeol terus bersuara.
“ Nado, saranghae” Hana terkejut dengan apa yang keluar dari mulutnya sebentar tadi. Dia melepaskan tangan kanannya dari genggaman Chanyeol lalu menepuk- nepuk sedikit mulutnya.
Chanyeol tersenyum mendengar jawapan Hana. Hatinya lega mendengarnya.Chanyeol mencapai semula tangan kanan Hana yang sempat singgah di bibir Hana.
“ So, Hana boleh terima oppa?” tanya Chanyeol.
Hana mengganguk perlahan tanda dia setuju. Dia tidak mahu menjawab soalan Chanyeol itu dengan perkataan. Malulah, bisik hatinya.
“ Serius?” Chanyeol meminta kepastian.
Hana hanya mengganguk. Anggukan Hana membuatkan Chanyeol gembira tak terkata. Chanyeol mendekatkan dirinya ke tubuh Hana. Dia mencapai bahu Hana lalu mendakapnya.
“ Gomawo, Hana” ucap Chanyeol.
Hana terpaku dengan perbuatan Chanyeol yang mendakapnya. Tiba- tiba lampu stadium yang dari tadinya terpadam, dinyalakan semula.
“ Hoi, hoi! Dah, dah. Tak payah nak happy sangat. Aku dah lapar kat atas ni.” Jongdae memecahkan suasana sunyi di stadium itu.
Chanyeol melepaskan pelukannya lalu memandang ke arah Jongdae yang berada di bilik jenerator di atas. Dia tersenyum memandang Jongdae yang kelihatan kelaparan.
“ Hah, Hana ok tak Chanyeol tu?” tanya Jongdae selamba sengaja mengusik Hana. Hana yang tersipu- sipu malu hanya tersenyum.
“ Kau lapar kan? Cepatlah turun.” Chanyeol mengarahkan Jongdae supaya turun ke bawah.
Kemudiannya, Chanyeol memimpin tangan Hana pergi ke suis lampu stadium itu untuk mematikan semua suis- suis lampu.
Setibanya Jongdae di sisi Chanyeol, dia menceritakan semula semua kejadian yang berlaku di dalam kelas 3A. Hana yang teringat dengan kejadian itu tergelak kecil.
“ Pandai pula sunbaenim berrlakon”, bisik hatinya. Setelah itu, mereka pun beredar dari stadium itu.
TO BE CONTINUED...