HIBM {Chapter 9}
Dec 29, 2013
@11:30 AM
Chapter 9
Hana POV
Bunyi deringan alarm telefon bimbit Hana, mengejutkan Hana dari lenanya. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu menyentuh skrin telefon bimbitnya untuk menghentikan bunyi deringan yang agak bingit itu. Dia memerhatikan skrin telefon bimbitnya.
“ Hah! Dah pukul 8.30 pagi?!” mata Hana terbeliak tatkala jam sudah menunjukkan pukul 8.30 pagi.
Dia menoleh ke arah Sejung yang berada di sebelah kanannya. Sejung masih lena dibuai mimpi. Mereka sudah terlambat untuk ke sekolah. Hana mencapai getah rambutnya yang berada di meja kecil di sebelah katil Sejung itu lalu mengikat rambutnya.
“ Dah, bangun Hana?” Puan Park menegur Hana yang sudah terduduk di hujung katil yang kelihatan seperti tergesa- gesa mengikat rambutnya.
“ Nae, ahjumma.” Jawab Hana pendek lalu berdiri untuk mencapai tualanya.
Puan Park yang melihat keadaan Hana yang sedang tergesa- gesa itu ketawa kecil.
“ Hana, jangan risau. Hari ni Hana dan Sejung tak payah pergi sekolah. Chanyeol yang suruh ahjumma bagitahu kamu. Hana tolong jaga Sejung dekat rumah eh? Petang nanti siap-siap, biar ahjumma yang hantar kamu berdua pergi sekolah. Pagi ni kamu berehat dulu.” Jelas Puan Park.
Hana yang mendengar penjelasan Puan Park terus tersenyum.
“ Chanyeol mana ahjumma?” tanya Hana.
“ Chanyeol pagi- pagi lagi dah pergi sekolah. Katanya ada benda lagi yang nak disiapkan. Dan lagi satu dia kata dia siap dekat sekolah je. Takut tak sempat pula.” Jawab Puan Park.
Hana mengangguk tanda dia faham. Puan Park mengerling ke arah jam tangannya.
“ Okaylah, Hana, ahjumma dah lambat ni. Nanti tolong kejutkan Sejung sekali. Ahjumma dah siapkan sarapan. Lepas mandi nanti, turunlah kat bawah eh?” kata Puan Park lagi.
“ Nae, ahjumma” jawab Hana sambil mengiringi Puan Park sehingga ke pintu keluar.
“ Oh ya, lagi satu, nanti pesan dekat Sejung, jangan lupa makan ubat. Ahjumma dah letak dekat atas meja makan tu.” Puan Park menudingkan jarinya ke arah meja makan yang terletak di tengah- tengah kediaman miliknya itu.
“ Okay. Selamat jalan, ahjumma. Hati- hati.” Kata Hana lagi selepas Puan Park sudah melangkah pergi memasuki kereta mewah pacuan empat rodanya yang berwarna hitam itu. Hana menutup pintu tersebut apabila kesejukan di luar sudah dapat dirasai sehingga ke sendi- sendi tulangnya. Hana berlari menaiki anak tangga menuju ke bilik Sejung semula.
Dia melihat Sejung masih lagi lena di atas katil empuk itu. Dia memerhatikan raut wajah Sejung. Pucat, keletihan dan seperti tidak sihat. Itu yang dapat dilihatnya semasa merenung wajah temannya itu.
“ Aku mandi dululah, lepas ni baru kejut dia.” Bisik hatinya lalu menuju ke bilik air yang berada berdekatan dengan almari baju Sejung.
Sejung POV
Sejung dikejutkan dengan bunyi deringan telefon bimbitnya. Dia mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja kecil sebelah katilnya itu.
“ Siapa pula yang call pagi- pagi ni?” Bisik hatinya.
Dalam keadaan yang masih mengantuk, dia memerhatikan skrin telefon bimbitnya. ‘ Jongdae’. Sejung kemudiannya menjawab panggilan tersebut. “ Yeobosaeyo....” suaranya kedengaran serak. Maklumlah baru bangun tidur.
“ Sejung- ah~~” kedengaran suara Chanyeol memanggil namanya.
Dahi Sejung berkerut tatkala mendengar suara abangnya itu. “ Tak bangun lagi ke?” tanya Chanyeol. “ Tak.....” jawab Sejung meleret masih dalam keadaan mengantuk.
“ Sejung-ah, ireona, Sejung-ah ireona, ireona, ireona~~” Chanyeol menyanyi- nyanyi menyuruh adik kesayangannya itu supaya bangun daripada tidur.
“ Stop it.....” kata Sejung geram. “ Sejung-ahhhhhhh ireonaaaaaa~~” Chanyeol masih lagi menyanyi- nyanyi seperti membuat persembahan opera. Sejung yang geram dengan sikap abangnya itu mengubah posisinya daripada terbaring ke posisi duduk.
“ Dah lah!!! Bingit telinga.” Kata Sejung geram. “ Sejung-ah, ireonaaaaaaaa!!!” Chanyeol tidak mempedulikan Sejung.
“ Oppa! Stop!! Sejung dah bangun ni!! Dah lah!!!” marah Sejung. Kedengaran gelak tawa sakan Chanyeol dan beberapa orang lagi.
“ Jongdae dengan Baekhyun lah ni...” bisik hati Sejung. Dia mengeluh berat.
“ Dah bangun kan? Lepas ni pergi mandi, sarapan, lepas tu makan ubat. Faham?” arah Chanyeol dalam nada yang ceria.
“ Yelah...” jawab Sejung meleret.
“ Hana dah bangun?” tanya Chanyeol lagi. Sejung menoleh ke sebelah kirinya lalu memandang ke arah pintu tandas yang tertutup rapat.
“ Dah, dia tengah mandi.” Jawab Sejung lagi.
“ Okay, bagus. Hah! Jangan tidur balik eh.. Pergi mandi cepat.” Arah Chanyeol.
“ Ye lah...” kata Sejung geram. Sejung mengalihkan telefon bimbitnya daripada telinganya untuk mematikan panggilan itu.
“ Sejung!!!!!! Sekejap!!!” jerit Chanyeol lagi.
“ Apa lagi??!” Sejung mengembalikan posisi telefon itu ke telinganya.
“ Eomma kata tengah hari ni dia balik bawa Sooyoung noona sekali. Katanya nak siapkan korang berdua.” Kata Chanyeol lagi. Sejung hanya menjawab ‘ ya’ lalu menamatkan panggilan itu.
Sejung bangun dari katilnya sambil mengeliat. Dia mencapai getah rambutnya lalu menyanggulkan rambutnya. Dia menuju ke arah meja solek yang berada bersebelahan dengan jendela biliknya itu. Dia memerhatikan wajahnya melalui imbasan cermin di meja solek itu.
“ Kenapa pucat sangat ni?” Sejung menekupkan kedua- dua belah tangannya ke pipinya.
Disebabkan Hana masih lagi berada di dalam kamar mandinya, Sejung terpaksa menggunakan bilik air yang terdapat di dalam bilik abangnya. Dia hanya dapat membasuh mukanya supaya kelihatan segar kerana peralatan mandinya berada di dalam kamar mandi miliknya. Sejung kemudiannya kembali ke biliknya. Dia mengemaskan tempat tidurnya seperti selalu yang dibuat tiap- tiap pagi.
Selesai mengemaskan tempat tidurnya, dia menghempaskan dirinya di atas sofa berwarna krim miliknya yang terletak berhampiran dengan pintu biliknya itu. Dia memegang telefon bimbitnya dan membuka fail gambar- gambar yang ditangkapnya. Dia tersenyum sendirian seperti kerang busuk tatkala gambar yang dilihatnya mengusik hatinya.

“ Yang kau tersengih- sengih tu kenapa?” tanya Hana yang sudah terpacak di hadapan Sejung.
“ Hah? Tak de apa- apa lah...” jawab Sejung sambil berdiri dan kemudiannyaa berjalan menuju ke bilik air.
“ Ada- ada je lah dia ni...” kata Hana sambil mengeleng- gelengkan kepalanya memandang temannya itu.
Selepas Sejung selesai mandi, mereka berdua turun ke ruang makan. Bersarapan bersama- sama. Pagi itu, Puan Park menyediakan spagetti kegemaran Sejung. Seperti biasa Sejung sangat berselera ketika menikmati makanan tersebut. Hana juga memuji- muji masakan Puan Park.
“ Sejung, boleh aku tahu ubat apa yang kau telan tu?” tanya Hana tatkala dia memerhatikan Sejung menelan 2 biji pil yang tidak diketahui namanya itu.
"Ubat yang disediakan khas untuk aku.” Jawab Sejung selepas dia meneguk segelas air untuk melancarkan kemasukan pil-pil itu ke dalam perutnya.
“ Ubat tu untuk apa? Kau sakit apa?” tanya Hana lagi.
“ Actually, aku dilahirkan tak sesempurna kau. Sihat, kuat, cantik pula tu.” Jawab Sejung sambil memuji teman baiknya itu.
“ What do you mean? Not perfect? Aku tengok kau normal. Macam biasa je.” Hana sedikit hairan dengan jawapan Sejung sebentar tadi.
“ Aku dilahirkan dengan sistem imun badan pada tahap sederhana. Kalau orang normal macam kau, sistem imun kau tinggi, so kau kuat nak lawan macam- macam penyakit.” Jelas Sejung.
“ Oh.... so, ubat tu nak supply kau punya antibody lah ni?” tanya Hana meminta kepastian.
“ Yup. Sebab tu semalam aku bleeding. Penat sangat rasanya. Tapi aku buat tak peduli je pasal semalam tu. Dah biasa.” Jawab Sejung sambil mengjongket- jongketkan keningnya.
“ Eeee.... semalam darah banyak sangat. Sampai pengsan aku.” Kata Hana lagi.
Terburai tawa kedua- dua gadis itu kerana mengingatkan kejadian yang berlaku pada Hana yang tiba- tiba pengsan semalam. Keadaan menjadi senyap seketika. Mereka berjalan menuju ke ruang tamu sambil membawa secawan kopi panas milik masing- masing. Mereka melabuhkan punggung mereka di atas sofa empuk yang berada di ruang tamu itu.
“ Sejung, boleh aku tanya kau sesuatu” tanya Hana memulakan perbualan semula.
“ Erm, apa dia?” Sejung memandang wajah Hana sambil menghirup kopi susunya.
“ Erm......... Kalau aku tanya ni kau kena jawab dengan jujur.” Kata Hana.
“ Pernah ke aku tipu kau Hana oii? Of course lah aku jawab betul- betul.” Kata Sejung lagi.
“ Apa pandangan kau tentang kawan tikam belakang? I mean kawan mengkhianati kawan dia sendiri.” Tanya Hana. Sejung sedikit hairan dengan pertanyaan Hana.
“ Mengkhianati ya? Hermmm..... sebab apa dia buat macam tu?” tanya Sejung.
“ I don’t know. Maybe because of something that he or she must do...” jelas Hana.
“ For me, dia mesti ada sebab buat macam tu. Mungkin dipaksa? Atau sukarela...? Tapi apa yang aku pasti, kalau dia sayang kawan dia tu, lama- lama dia berhenti buat kerja tu. Kenapa kau tanya macam ni? Kawan kau buat macam tu kat kau?” jawab Sejung dengan pertanyaan.
“ Eh, tak de apa- apa lah. Sejung, kawan aku tu kau sorang je lah. Mana ada yang lain dah.” Kata Hana sambil memukul lembut bahu Sejung.
Sejung tersenyum lebar tatkala Hana berkata begitu. Dirasakaan dirinya dihargai sangat- sangat. Sejung kemudiannya menumpukan perhatiannya ke arah televisyen menonton rancangan kegemarannya. Tergelak- gelak seorang diri. Hana yang berada di sebelah Sejung hanya termenung memandang lantai memikirkan jawapan yang diberikan Sejung sebentar tadi.
“ Patut ke aku buat semua ni? Dia tak pernah buat salah dekat aku pun.” bisik hati Hana kerisauan.
“ Arrgghh!!! Apa yang aku fikir ni? Tak payah nak kesian sangatlah dekat dia ni. Aku mesti teruskan rancangan aku.” Bisik hatinya memprotes perasaan ihsannya.
Tengah hari itu, Puan Park pulang ke rumah membawa Cik Sooyoung seperti yang dijanjikan. Sooyoung melakukan pelbagai cara untuk membuatkan Hana dan Sejung kelihatan cantik pada majlis prom night itu nanti. Persiapan mereka mengambil masa yang agak lama kerana Sejung tidak berapa suka dengan make up yang agak tebal yang disolek oleh Sooyoung. Akhirnya, Sejung mengambil keputusan untuk menyalitkan sedikit BB Cream, eyeliner, dan sedikit lip gloss berwarna pink lembut. Rambutnya diikat separuh dengan berhiaskan mutiara- mutiara kecil yang diselitkan pada ikatan rambutnya.
Wajah Hana pula dicalitkan dengan sedikit BB Cream, eyeliner, sedikit eye shadow dan sedikit lip gloss berwarna merah lembut. Rambutnya pula disanggul tinggi dan dengan cara sengaja tidak dikemaskan bagi menampakkan lebih natural.
Selesai mereka bersiap- siap, Sejung menghampiri meja belajarnya di mana terletaknya hadiah yang diberikan oleh Jongdae. Dia membuka kotak yang berada di tangannya itu lalu menyarungkan rantai yang berbentuk hati itu di lehernya. Tidak lupa juga dia untuk memakai jam tangan yang diberikan oleh ‘ secret admire’ nya.
“ Sejung, jom. Your eomma dah tunggu dekat bawah. We’re getting late. It is almost 7.30 p.m.” kata Hana kepada Sejung yang masih termenung memandang cermin di hadapannya.
“ Okay, okay. Let’s go” kata Sejung sambil mencapai kardigan berwarna krim miliknya lalu menuruni anak tangga rumahnya menuju ke kereta Puan Park bersama dengan Hana.
Dewan Utama
Jongdae POV
“ Jongdae! Sejung dengan Hana on the way. Diorang baru bertolak dari rumah.” Jerit Chanyeol kepada Jongdae yang sedang menyematkan tali leher hitam di lehernya.
“ Okay, okay.” Jawab Jongdae pendek.
“ Jongdae, Baekhyun, cepat sikit. Dah nak pukul 8.00 dah ni.” Chanyeol mengerling ke arah jam tangannya.
Baekhyun yang sibuk membetulkan tali leher Kyungsoo itu sedikit kelam kabut. “ Ya, sikit lagi ni.” Kata Baekhyun.
“ Kejap, kejap. Chanyeol?! Nampak tak aku punya handphone?” tanya Jongdae yang ke hulu – hilir mencari telefon bimbitnya.
“ Ada ni! Pada aku!” jerit Chanyeol yang berada di pintu bilik persalinan itu.
“ Okay, okay. Baekhyun jom. Dah okay ni..... Handsome dah sepupu kau ni.” Kata Jongdae sambil menepuk- nepuk lembut bahu Kyungsoo. Jongdae tersenyum lebar memandang Kyungsoo yang sedang tersenyum mendengar pujiannya.
“ Tengoklah siapa yang siapkan dia.... Kalau nak harapkan dia sorang nak siap, alamatnya sampai tahun depan tak siap. Tu tak kena, ni tak kena, semua tak kena.” Baekhyun menjeling Kyungsoo yang berada di hadapannya itu.
“ Hahahahahahahahaha. Dah, dah jom. Dah lambat ni.” Jongdae tergelak mendengar luahan hati Baekhyun itu.
Mereka berempat berjalan menuju ke dewan utama sekolah itu. Kelihatan beberapa pelajar sudah memenuhi dewan tersebut dengan pakaian mengikut tema majlis itu. Cantik- cantik belaka.
“ Gongchan, Hyunsik! Good Luck! Sambut tetamu tu betul- betul sikit. Senyum tu biar sampai ke telinga.” Pesan Jongdae kepada Gongchan dan Hyunsik yang berada di pintu dewan utama tersebut. Sememangnya pilihan mereka untuk memilih Gongchan dan Hyunsik sebagai penyambut tetamu memang tepat. Sikap mereka yang sentiasa ceria itu memenuhi kriteria sebagai penyambut tetamu.
Telefon bimbit Jongdae dengan tidak semena- mena bergetar menandakan ada pesanan ringkas masuk. Dia menyentuh skrin telefon bimbitnya untuk membaca mesej yang dihantar oleh Sejung.
Tatkala mesej itu dibacanya, Jongdae tersenyum lebar dan terus menarik lengan Chanyeol dan menuju ke pintu pagar sekolah mereka. Tanpa menghiraukan salji yang sudah mula turun, Jongdae terus mendapatkan Sejung yang berjalan menuju ke dalam kawasan sekolah. Chanyeol juga tidak ketinggalan mendapatkan Hana.
Jantung Jongdae berdegup kencang apabila melihat Sejung berpakaian feminin seperti ini. Dia tidak pernah melihat Sejung secantik ini. Sebab selalunya, Sejung hanya berpakaian biasa- biasa yang cukup sederhana. Tapi malam ini, walaupun wajahnya nampak natural, tapi dress labuh miliknya kelihatan mewah.
“ You’re so pretty tonight Sejung- ah. I want you.” Bisik Jongdae ke telinga Sejung. Sejung yang mendengar tersenyum lalu dia menyiku sedikit perut Jongdae.
Jongdae memaut bahu Sejung lalu membawa Sejung terus menuju ke dewan utama. Risau dengan kesejukan yang akan Sejung alami jika lama- lama berada di luar seperti ini. Chanyeol dan Hana pula membontoti Jongdae dan Sejung.
Kyungsoo POV
Kyungsoo yang melihat perilaku Jongdae dan Chanyeol yang kelam- kabut itu dapat mengagak bahawa Sejung dan Hana sudah sampai. Kyungsoo dengan tidak semena- mena membetul- betulkan rambutnya dan tali lehernya. Dia tidak sedar dengan apa yang dilakukannya.
“ Eh, apa aku buat ni?” Kyungsoo bermonolog dalam bersendirian.
Dia kemudiannya melepaskan tangannya daripada memegang tali lehernya. Mata Kyungsoo yang darinya memandang dua rakannya tiba- tiba terpaku memandang tubuh gadis idamannya yang berada kira- kira 5 meter di hadapannya. Matanya tidak berkelip melihat Sejung yang semakin menghampirinya. Mulutnya terkunci tidak mengeluarkan sebarang kata- kata. Jantungnya mula berdegup kencang tatkala Sejung menghadiahkan senyuman kepadanya. Angin yang tiba- tiba bertiup menyebabkan rambut Sejung yang lembut itu turut berterbangan mengikut arah angin. Entah dari mana angin tu datang pun tak tahu. Padahal mereka berada di dalam sekolah. Bibir Kyungsoo dengan tidak semena- mena mengukir sekuntum senyuman apabila dia melihat Sejung tertawa dengan usikan Jongdae. Dirasakannya seperti berada di awang- awangan.
“ You’re so pretty. Looks very feminine.” Bisik hatinya memandang Sejung dari atas ke bawah.
Lamunan Kyungsoo terhenti kerana Jongdae melambai- lambaikan tangannya di hadapan mata Kyungsoo.
“ Kyungsoo, dengar tak ni?” tanya Jongdae.
“ Herm? Oh? Apa dia?” mata Kyungsoo terbeliak kerana dia tidak mendengar apa yang Jongdae cuba sampaikan kepadanya.
“ Lepas ni tolong jadi mc masa hyung dengan Baekhyun nak buat persembahan.” Jelas Jongdae sambil meletakkan tangan kanannya di atas bahu Kyungsoo.
“ Oh, tu. Okay.” Kyungsoo sedikit lega kerana dia sudah mengetahui tugasnya itu dari Baekhyun dari awal lagi.
“ Ingatkan tak dengar tadi. Berangan dah sampai mana tadi? Hahahahahahahahahahaha. Kenapa? Sejung cantik sangat eh malam ni?” usik Jongdae sambil tertawa. Sejung yang berada disisi Jongdae malu mendengarnya lalu menyiku perut Jongdae.
Kyungsoo terkejut dengan usikan Jongdae itu. Matanya masih lagi terbeliak melihat Jongdae yang sedang ketawa.
“ Sakitlah, Sejung... Betul apa.. you’re so beautiful tonight. Kan Kyungsoo?” sekali lagi Jongdae secara sengaja membaling soalan cepu emas untuk Kyungsoo. Mulut Kyungsoo terkunci tidak berkata- kata. Dia hanya tersenyum dan mengangguk. Dia ketawa kecil tatkala melihat pipi Sejung merah menahan malu. Dia dapat melihat Sejung tersenyum sambil dibawa oleh Jongdae memasuki dewan tersebut. Mata Kyungsoo hanya mengekori tubuh Sejung yang sedang berjalan. Apabila Sejung sudah hilang pada pandangannya, dia tersenyum sendirian memandang lantai.
Sebelum majlis bermula
“ Sejung, tolong ambilkan skor dekat bilik muzik. Oppa tertinggal tadi. Skor tu ada dekat atas piano.” Kata Chanyeol kepada Sejung.
“ Okay. Hana jom! Temankan aku.” Sejung menunujukkan tanda ‘ ok’ dan mengajak Hana menemaninya.
Tanpa sebarang kata Hana hanya mengikutinya.
Di bilik muzik
Hana POV
“ Sejung, kau cari dulu dekat dalam, aku nak pergi tandas sekejap.” Kata Hana kepada Sejung sebaik sahaja tiba di hadapan bilik muzik.
“ Okay, Tapi jangan lama- lama pula. Dah nak pukul 8.30 malam. Nanti lampu bilik muzik tutup. Takut aku duduk sorang- sorang.” Kata Sejung kerisauan.
“ Tak lama pun.” Kata Hana lalu berlalu pergi dari situ.
Hana tersenyum sinis kerana dia berjaya meninggalkan Sejung seorang diri di dalam bilik muzik itu. Matanya memandang tajam ke arah Kyungsoo yang berada di hadapan pintu dewan utama tersebut. Jarak antara bilik muzik dengan dewan utama yang dekat itu membolehkan Hana melihat kelibat orang yang lalu- lalang memasuki dewan itu. Hana berjalan menghampiri Kyungsoo.
“ Kyungsoo, lampu bilik muzik tu terbuka lah. Kau tolong tutupkan boleh? Aku nak pergi tandas sekejap. Tapi pastikan dulu ada orang ke tak?. Tolong eh?” kata Hana lalu pergi meninggalkan Kyungsoo yang terkial- kial dengan perintah Hana tadi.
Kyungsoo mengjongketkan bahunya lalu bergerak menuju ke bilik muzik itu. Hana yang berada di sebalik dinding tandas yang berdekatan tersenyum sinis. Hana kemudiannya menuju ke dalam dewan dan mencari- cari kelibat Jongdae.
“ Jongdae sunbaenim! Sejung panggil! Dia ada dekat dalam bilik muzik.” Tipu Hana.
“ Dia panggil? Kenapa? Ada apa- apa ke?” tanya Jongdae kehairanan.
“ Entah. Dia tak bagitahu pula kenapa. Dia suruh Hana panggilkan sunbaenim je.” Tipu Hana lagi.
“ Okay, okay. Baekhyun, Ikut aku.” Kata Jongdae sambil menarik lengan Baekhyun yang sedang meneguk segelas air yang berada di meja yang berdekatan dengannya.
Hana tersenyum puas kerana Kyungsoo dan Jongdae termasuk dalam perangkapnya. Dia tersenyum sinis memandang Jongdae dan Baekhyun yang berlalu pergi.
“ Hey, buat apa ni?” tegur Chanyeol dari belakang.
“ Erm? Tak de apa- apa.” Kata Hana cuba berselindung.
“ Nah” Chanyeol menghulurkan segelas air kepada Hana. Lalu Hana meneguk air tersebut kerana dia amat kehausan daripada tadi.
Tiba- tiba dia dapat rasakan sentuhan lembut hinggap di atas kepalanya. Chanyeol membetul- betulkan rambutnya walaupun rambutnya masih kelihatan kemas. Chanyeol kemudiannya menatap wajah Hana dengan penuh perhatian. Bunyi bising yang didengari di sekelilingnya tidak dipedulikan. Chanyeol menghampiri tubuh Hana dan membongkokkan dirinya.
“ You’re so beautiful tonight. Saranghae.” Bisik Chanyeol di telinga Hana.
Chanyeol tersengih- sengih semasa membisikkannya di telinga Hana. Hana juga tersenyum lebar mendengar pujian Chanyeol itu.
Chanyeol memandang mata Hana sedalamnya. Hana juga membalas pandangan tersebut. Chanyeol dengan tidak semena- mena menghampirkan wajahnya ke wajah Hana.
“ Lah... mamat ni nak buat apa pula?” bisik hati Hana.
Tubuh Chanyeol juga semakin lama semakin dekat dengan tubuh Hana. Hana yang tidak selesa dengan keadaan itu, mengundur setapak ke belakang. Chanyeol ketawa kecil melihat Hana yang sedang mengundur itu.
“ Main- main jelah..” Chanyeol kemudiannya berdiri tegak semula lalu mencubit hidung Hana dengan selamba. Chanyeol memaut bahu Hana.
“ Wait- ah, sekejap lagi ada surprise untuk Hana.” Kata Chanyeol lagi.
Di bilik muzik
“ Ish, mana pula skor ni? Tadi oppa kata atas ni.” Sejung terbongkok- bongkok mencari ‘ music sheet’ abangnya itu. Jika tidak jumpa habislah persembahan mereka malam ini.
“ Mana ni? Lagi 5 minit nak pukul 8.30. Hana ni mana pula?” Sejung sudah mula gelisah memikirkan skor yang hilang dan lampu bilik muzik yang akan tertutup secara automatik pada pukul 8.30 malam.
“ Hello? Ada orang ke?” Kyungsoo bersuara bagi memastikan tidak orang yang berada di situ. Kyungsoo yang tiba- tiba disuruh oleh Hana untuk menutup suis lampu bilik muzik itu tidak teringat akan sistem bilik muzik itu. Dia tidak teringat bahawa lampu bilik muzik itu akan tertutup secara automatik.
Sejung yang mendengar suara itu terkejut.
“ Kyungsoo?” tanya Sejung apabila dia ternampak kelibat Kyungsoo berjalan menuju ke arahnya. Dia berasa sedikit lega kerana ada juga orang yang akan menemaninya.
“ Sejung? Kau buat apa kat sini?” tanya Kyungsoo kehairanan menghampiri Sejung yang sedikit kelam- kabut itu.
“ Cari skor oppa. Dari tadi tak jumpa.” Kata Sejung sambil matanya meliar- liar memandang kawasan piano itu.
Kyungsoo juga memandang keseluruhan bilik muzik itu untuk mencarinya. Matanya tertangkap memandang sebuah fail yang berwarna hitam pekat di meja bersebelahan dengannya. Dia mengambil fail tersebut lalu melihat isi kandungnya.
“ Sejung, yang ini ke?” tanya Kyungsoo kepada Sejung.
“ Hah!! Yang tu!” mata Sejung bersinar- sinar memandang fail abangnya itu. Dia berlari anak menuju ke arah Kyungsoo. Dia tidak peduli dengan dress labuh yang dipakainya itu. Dia mencapai fail itu dari tangan Kyungsoo lalu membelek- belek isi kandungannya.
Tiba- tiba keadaan menjadi gelap. Semua lampu di bilik muzik itu terpadam. Langsung tidak ada sebarang cahaya yang menerobos masuk ke dalam bilik itu. Sangat gelap. Sejung terkejut dan tidak semena- mena memeluk erat tubuh Kyungsoo.
Kyungsoo terkejut dengan tindakan Sejung itu. Badannya keras seperti batu apabila dipeluk oleh Sejung seerat itu. Dia hanya dapat berdiri tegak. Kalaulah dapat dilihat mukanya, tentu orang yang melihatnya itu pun takut dengan ekspresi terkejutnya itu. Seperti nampak hantu.
“ Kyungsoo, dah pukul 8.30. Kejap lagi majlis tu mula. Macam mana ni?” tanya Sejung sambil memejamkan matanya. Dia lebih rela memejamkan mata daripada melihat betapa gelapnya bilik itu.
Kyungsoo yang teringat akan sistem bilik muzik itu meengetuk- ngetukkan kepalanya.
“ Kenapalah aku boleh lupa ni?” bisik hatinya.
“ Sejung, sekejap. Aku nak ambil handphone aku kat dalam poket.” Kata Kyungsoo.
“ Okay. Mian.” Kata Sejung melepaskan pelukannya. Tetapi dia masih memegang erat lengan Kyungsoo.
Takut- takut Kyungsoo hilang. Tak sanggup dia bersendirian gelap- gelap macam ni.
Kyungsoo menyeluk poketnya lalu mengeluarkan handphonenya. Sedikit sebanyak handphonenya boleh mengeluarkan cahaya untuknya mencari suis lampu bilik itu. Dia menghalakan handphonenya ke arah wajah Sejung. Dia menggigit bibirnya menahan gelak tatkala melihat Sejung yang dalam ketakutan memejam mata.
“ Sejung- ah, Seh, hahahahahahahahaha. Sejung, bukalah mata tu. Ni dah ada lampu.” Kata Kyungsoo sambil ketawa.
“ Lampu?” Sejung membuka matanya perlahan- lahan. Dia dapat melihat wajah Kyungsoo yang sedang tersenyum memandangnya. Tiba- tiba tanpa diduga jantungnya berdegup kencang. Berdegup kencang sepertimana dia memandang Jongdae. Tak. Kali ini lebih kuat. Tidak tahu mengapa. Sejung mengurut- urut dadanya. Dirinya seperti kekurangan oksigen. Tercungap- cungap dibuatnya. Kyungsoo menjadi risau apabila melihat Sejung sudah mula mengurut- urut dadanya.
“ Are you okay?” tanya Kyungsoo sambil merenung mata Sejung.
Tatkala mata Kyungsoo memandang tepat ke arah mata Sejung, jantung Sejung semakin laju bagaikan hendak tercabut dari akarnya. Sepantas kilat dia meengalihkan pandangannya dari terus memandang mata Kyungsoo.
“ I’m okay.” Kata Sejung lagi. Keadaan menjadi senyap seketika.
Kyungsoo hanya memerhatikan Sejung manakala Sejung memandang ke arah yang lain. Tidak tahu mengapa jantungnya mula tidak keruan apabila dia cuba memandang Kyungsoo lagi. Alamatnya, dia mengambil keputusan untuk tidak memandang Kyungsoo.
Mata Kyungsoo secara tiba- tiba terpandang ke arah pergelangan tangan kiri Sejung. “ Jam tu. Dia pakai juga?” bisik hatinya. Dengan tidak semena- mena, Kyungsoo menarik tangan kiri Sejung untuk melihat jam tersebut. Disebabkan tarikan itu, badan Sejung juga tertarik sehingga betul- betul beradaa di hadapan Kyungsoo.
“ What are you doing Kyungsoo?” tanya Sejung yang sudah mula resah.
“ Nothing. Nak tengok jam ni je. Cantiklah. Hari tu tak perasan pula yang jam ni secantik macam ni.” Kata Kyungsoo sambil merenung jam tersebut.
Kyungsoo tidak perasan bahawa Sejung yang berada di hadapannya itu merenung wajahnya. Sejung menghayati rupa Kyungsoo. Matanya, hidung, bibir, kening, dan semua yang ada pada muka Kyungsoo. Tidak pernah pula dia menatap Kyungsoo sedekat ini. Tidak tahu mengapa, tetapi malam ini Kyungsoo sangat lain. Handsome.
Kyungsoo berasa seperti ditenung. Dia mengangkat mukanya. Dia melihat Sejung sedang merenungnya. Dia tersenyum memandang Sejung.
Tiba- tiba lampu bilik muzik itu bernyala semula. Sejung dan Kyungsoo tersentak. Dari arah suis lampu tersebut kelihatan Jongdae dan Baekhyun sedang memerhatikan mereka berdua. Sejung dan Kyungsoo memandang Jongdae dan Baekhyun. Kyungsoo lantas melepaskan tangan kiri Sejung yang dipegangnya dari tadi. Sejung juga mengundur setapak ke belakang. Sejung mencapai fail hitam milik abangnya yang berada di atas lantai dan menuju ke arah Jongdae.
Jongdae memandang kosong ke arah Kyungsoo yang sedang berdiri tegak. Lalu dia membawa Sejung keluar dari bilik muzik itu.
“ Kau termenung apa lagi dekat situ? Jom lah! Dah lambat ni!” rungut Baekhyun.
“ Mianhae hyung.” Kata Kyungsoo meminta maaf.
“ Dah, cepat keluar. Hyung nak tutup lampu ni.” Baekhyun mengarahkan Kyungsoo supaya keluar dari bilik itu.
Jongdae dan Sejung berjalan menuju ke dewan utama diikuti dengan Baekhyun dan Kyungsoo di belakang. Sepanjang perjalanan mereka, Sejung dan Kyungsoo termenung memandang lantai. Dari jauh kelihatan Hana tersenyum puas melihat rancangan untuk mengenakan Sejung berjaya. Sebenarnya dia tahu bahawa Kyungsoo sukakan Sejung. Dia tersenyum puas apabila melihat muka Jongdae yang sedikit berubah itu.
TO BE CONTINUED...