HIBM {Chapter 5}
Nov 26, 2013
@6:23 PM
Chapter 5
Di Perhentian Bas
“ Eh, jap, aku lupa nak pesan dekat Kyungsoo belikan plaster sekali.” Sejung bermonolog sendirian sambil membelek- belek jari kelingkingnya yang luka akibat bergesel dengan dinding kelasnya semasa dia cuba melarikan dirinya dari Hana.
“ Oppa, Sejung nak ikut Kyungsoo kejap. Lupa nak suruh dia beli something” kata Sejung sambil menggalas kembali beg sekolahnya.
“ Ish, macam- macam lah Sejung ni” rungut Baekhyun.
Tanpa membuang masa Sejung berlari anak menyusul Kyungsoo.
Kyungsoo POV
“ Kyungsoo - ah! Kyungsoo - ah! Tunggu!” jerit Sejung dalam keadaan termengah- mengah.
“ Eh, tu bukan suara Sejung ke?” langkah Kyungsoo terhenti tatkala dia terdengar jeritan Sejung memanggil- manggil namanya. Dia menoleh ke belakang dan tersenyum melihat Sejung yang sedang menarik nafas panjang kerana kepenatan.
“ Ada apa- apa ke?” tanya Kyungsoo kehairanan kerana Sejung menyusulnya.
“ Huh.. Huh... Aku.. huh.. jap” Sejung masih lagi termengah- mengah.
“ Hahahahhahahhahah” berderai ketawa Kyungsoo apabila melihat wajah Sejung yang pucat.
“ Eh, gelak pula dia ni.” Sejung mula bercakap apabila kemengahannya sudah semakin hilang. Sejung mengurut- urut dadanya. Sejurus selapas itu, mereka meneruskan perjalanan untuk ke kedai runcit.
“ Kenapa kau ikut aku ni?” Kyungsoo memulakan bicara.
“ Oh, lupa nak pesan dekat kau belikan plaster sekali” jawab Sejung.
“ Plaster? Nak buat apa?” tanya Kyungsoo.
“ Ni hah.” Sejung mengangkat jarinya ke hadapan muka Kyungsoo. Kyungsoo dengan tidak semena- mena mencapai tangan Sejung yang luka itu.
“ Apasal ni? Kau terlanggar apa ni?” Kyungsoo meniup- niup luka itu. Sejung yang terkejut dengan tindakan Kyungsoo hanya terdiam kaku.
“ Sejung,aku tanya kau ni. Kau terlanggar apa?” tanya Kyungsoo lagi kerana pertanyaan pertamanya tidak dijawab.
Sejung masih tidak menjawab pertanyaan Kyungsoo. Kali ini Kyungsoo menolehkan kepalanya ke arah Sejung.
“ Sejung, kau terlanggar apa?”, tanya Kyungsoo lagi.
“ Oh, hah? Oh, aku terlanggar dinding dekat kelas tadi.” Sejung tersedar dari lamunannya.
“ Macam mana boleh langgar?” tanya Kyungsoo lagi.
Sejung kemudiannya menarik tangannya yang dari tadi digenggam oleh Kyungsoo.
“ Tak de apa- apa lah. Sikit je ni” jelas Sejung.
“ Mana boleh tak de apa- apa, ni yang berdarah- darah ni apa?” tanya Kyungsoo dalam keadaan sedikit marah.
“ Calar sikit je ni. Bukan putus pun. Dah, dah, jom ” jelas Sejung sambil mengorak langkahnya dihadapan Kyungsoo.
“ Sejung, aku risaukan kau. Tangan kau bercalar- calar, berdarah- darah tu buat aku risau. Aku tak suka tengok kau luka- luka macam ni. Aku yang rasa sakitnya. Kau? Boleh lagi senyum- senyum, ketawa- ketawa macam ni?. Sikit kau kata luka tu? Luka tu besar 2 cm sampai tersiat kulit kau. Nanti berparutlah jari kau tu” Kyungsoo bermonolog dalaman sambil memandang Sejung yang sudah melangkah jauh darinya.
“ Kyungsoo! Cepatlah! Kau buat apa lagi kat situ?!” jeritan Sejung mengejutkan lamunan Kyungsoo.
“ Ish, apa aku ni? Dia kata luka dia sikit je, yang aku lebih- lebih ni kenapa?” Kyungsoo menampar- nampar sedikit pipinya.
“ Yang kau tampar- tampar muka kau tu kenapa?! Cepatlah! Jari aku dah pedih ni!” jerit Sejung lagi.
“ Oh, ya! Ya!” Kyungsoo berlari anak menghampiri tubuh Sejung.
“ Kau buat apa lama- lama tadi?” tanya Sejung.
“ Berangan eh?” tanya Sejung lagi dalam nada mengusik.
“ Eh, tak de lah. Tali kasut aku tercabut tadi.” Jelas Kyungsoo.
“ Ye ke?” tanya Sejung lagi sambil tersenyum sinis.
“ Betul lah, tak de apa- apa.” Jelas Kyungsoo lagi yang cuba menyembunyikan apa yang dilakukannnya sebentar tadi.
“ Oh, okay.” Balas Sejung.
“ Fuhh, nasib baik dia tak perasan” bisik hati Kyungsoo sambil mengurut- urut dadanya.
Keadaan menjadi senyap seketika. “ Aku nak tanya dia ke? Nak tanya ke tak nak?” Kyungsoo bermonolog dalaman.
“ Ahhh!! Kejap lagi lah.”
“ Hah, sampai pun” Sejung menolak pintu kedai itu.
Di dalam kedai itu, mereka berdua mencapai barang- barang yang dikehendaki.
“ Okay, semuanya 3500 won” kata ahjumma yang berdiri di kaunter pembayaran itu.
Kyungsoo membuka walletnya lalu menghulurkan sejumlah wang kepada ahjumma itu.
“ Kamsahabnida ahjumma.” Kata Kyungsoo.
Sejurus selepas itu, mereka berdua keluar dari perut kedai itu.
“ Sini” Kyungsoo menarik tangan Sejung untuk ke bangku berdekatan.
Sejung yang diam kaku itu hanya meenuruti permintaan Kyungsoo. Kyungsoo mencapai kotak plaster yang berada di dalam plastik. Dia menarik tangan Sejung yang luka itu lalu diletakkan di atas pahanya.
“ Kyungsoo, tak pe. Aku boleh buat sendiri” kata Sejung sambil menarik semula tangannya.
“ Sini, biar aku buat. Kau duduk je diam kat situ.” balas Kyungsoo sambil menarik semula tangan Sejung.
Plaster yang sudah dibukanya dilekatkan ke jari kelingking Sejung yang luka itu.
“ Okay, siap. Lain kali jangan jadi careless sangat sampai luka- luka macam ni” bebel Kyungsoo sambil mengusap- usap jari Sejung seperti ada habuk di jari Sejung.
“ Yelah...” jawab Sejung. Kyungsoo tersenyum memandang Sejung yang menjawab bebelannya tadi seperti orang yang sedang mengeluh.
Kyungsoo kemudiannya memandang bibir mungil Sejung. Jantungnya berdebar- debar. Hatinya tidak keruan. Jantungnya lebih menderita apabila Sejung mula menggigit bibir. Merah. Itulah yang dilihat oleh Kyungsoo apabila Sejung menggigit bibirnya sendiri. Bagai mahu tercabut akar jantungnya. Dia sudah tidak tahan lagi.
“ Okay, jom!” kata Sejung yang berdiri di hadapan Kyungsoo. Kyungsoo masih lagi terdiam. Dia mula berdiri di hadapan Sejung sambil merenung ke arah mata Sejung.
“ Kyungsoo, jom! Your hyung dah tunggu dekat bus stop tu. Kesian dia tunggu favourite mocha dia ni.” Sejung mengorak langkahnya.
“ Nasib baik dia pergi, kalau tak dah lama kena cium dengan aku ni.” Kyungsoo mengurut- urut dadanya yang bergendang- gendang kuat itu.
“ Sabar Kyungsoo.. Belum masanya lagi. Dia bukannya kenal kau sangat. Masih dalam proses, Kyungsoo..” Kyungsoo cuba menenangkan dirinya lalu menyusul langkah Sejung sehingga dia berdiri betul- betul disebelah Sejung.
“ Sejung, boleh aku tanya kau something?” tanya Kyungsoo yang sedang membuka plastik ais krim yang dibelinya tadi.
“ Erm, apa dia?” jawab Sejung yang sedang menyuapkan ais krim berperisa kacang merah itu ke dalam mulutnya.
“ Kenapa kau tak suka chocolate flavour?” tanya Kyungsoo.
“ Oh, Actually, i like chocolate very much. Tapi, aku tak berapa nak suka kalau ais krim yang berperisa coklat. Kalau chocolate candies, chocolate drink, aku okay je. But, dengan ais krim aku tak suka. Don’t ask me, why? Aku sendiri pun tak tahu kenapa. Aku pening bila makan ais krim yang berperisa coklat.” Jelas Sejung panjang lebar. Kyungsoo yang mendengar hanya mengganguk tanda dia faham dengan keterangan Sejung.
“ Oh, Kyungsoo, thank you sebab buatkan ni.” Kata Sejung sambil menunjukkan jarinya yang sudah dibalut dengan plaster itu.
“ You’re welcome” jawab Kyungsoo sambil tersenyum.
“ Sejung, kejap” kata Kyungsoo yang menghentikan langkah menarik beg sekolah Sejung.
“ Comotnya kau ni.” Kyungsoo menundukkan tubuhnya supaya berhadapan dengan muka Sejung lalu mengelap saki baki ais krim yang terbiar di tepi bibir Sejung. Sejung pula hanya memandang gerak geri Kyungsoo.
Ibu jari Kyungsoo dengan tidak semena-mena bersentuhan dengan bibir Sejung.
“ Sejuknya” bisik hati Kyungsoo.
Jantungnya mula bergendang- gendang kembali. Gendangan kali ini betul- betul kuat. Matanya tertumpu tepat ke arah sebentuk bibir yang berada di hadapannya.
“ Kyungsoo.. sabar, jangan buat benda yang bukan- bukan”, otaknya mula berbicara.
Jika diikutkaan hati hendak saja dia kucup Sejung. Tapi keadaan tidak mengizinkannya untuk berbuat demikian. Sejurus selepas itu dia menegakkan semula badannya ke posisi asal. Kyungsoo menghadiahkan sekuntum senyuman kepada Sejung yang sedang mengelap- ngelap kembali bibirnya.
“ Hoi!!! Korang buat apa lagi kat situ? Sejung!!! Diorang dah keluar!!” jerit Baekhyun yang sudah gelabah kerana dia melihat kelibat Chanyeol, Hana dan Jongdae menuju ke arah pintu pagar sekolah.
“ Hah? Alamak, macam mana ni?” Mata Sejung terbeliak kerana mendengar maklumat dari Baekhyun.
“ Kyungsoo, jom!”. Tanpa membuang masa Sejung menarik tangan Kyungsoo lalu berlari menuju ke arah semak samun tempat Baekhyun menyembunyikan diri.
“ Korang pergi kedai lama- lama tu buat apa?” tanya Baekhyun yang kelihatan sedikit marah kepada mereka berdua.
“ Oppa, senyap. Tu, tengok tu” Sejung menuding jarinya ke arah Chanyeol dan Hana yang baru sahaja keluar dari kawasan sekolah.
Mereka kelihatan sungguh gembira. Walaupun Hana kelihatan sedikit malu, tetapi mereka masih nampak seperti orang yang sedang bergembira.
“ Amboi, oppa. Senyum sampai ke telinga. Sweetnya tengok diorang” Sejung membebel dan berfangirling seorang diri.
Baekhyun yang duduk bercangkung disebelah Sejung hanya tersenyum melihat Chanyeol. Kyungsoo pula tersengih- sengih seorang diri macam kerang busuk. Mana taknya, Sejung dari tadi lagi mengenggam tangan kanan Kyungsoo sambil mendakapnya. Sengaja dia tidak beritahu Sejung.
“ Biarlah macam ni. Happy aku sekejap.” bisik hati nakal Kyungsoo.
“ Hah! Yang korang berdua ni pula.. Siap pegang- pegang tangan lagi. Ada apa- apa ke?” tanya Baekhyun apabila kelibat Chanyeol dan Hana serta- merta hilang dari pandangannya.
Pertanyaan Baekhyun mengejutkan Sejung. Dia memandang ke arah tangan kirinya. Matanya terbeliak memandang tangan Kyungsoo yang berada di dalam genggamannya. Sejung lantas melepaskan tangan Kyungsoo.
“ Mianhaeyo” kata Sejung.
Muka Sejung kelihatan merah padam. Kyungsoo pula menggaru- garu kepalanya yang tidak gatal itu.
“ Eh, hyung, tak de apa- apa .” Kata Kyungsoo malu- malu.
"Aduh, malunya aku.” bisik hati Kyungsoo.
“ Hahahhahahahhaha” berderai ketawa Baekhyun melihat tindakan Sejung dan Kyungsoo yang seakan- akan takut kerana buat salah.
“ Baekhyun-ah! Kau buat apa kat situ? Jom teman aku pergi makan!!! Aku lapar!!!!” jerit Jongdae yang berada di pintu pagar sekolah.
“ Hah! Okay, okay!” jawab Baekhyun.
“ Kyungsoo, kau tolong hantar Sejung balik rumah eh? Hyung ada hal sikit.” Kata Baekhyun kepada Kyungsoo.
“ Oh, hah, okay.” Jawab Kyungsoo.
Sejung dari tadi yang diam tidak bersuara hanya merenung Jongdae dari perhentian bas itu. Dia seperti mangenali susuk tubuh yang berada di hadapan pintu pagar sekolahnya itu.
“ Oppa, tu siapa?” tanya Sejung kepada Baekhyun.
“ Kawan oppa, kawan Chanyeol” jawab Baekhyun.
“ Nama dia siapa? Kenapa sebelum ni Sejung tak pernah nampak dia?” tanya Sejung lagi.
“ Baekhyun!! Cepatlah!!!” jerit Jongdae lagi.
“ Okaylah Sejung, oppa pergi dulu. Bye!!” kata Baekhyun sambil berlari menuju ke arah Jongdae.
Sejung hanya memandang Jongdae sehingga kelibat mereka berdua hilang dari pandangannya.
“ Sejung, jom aku hantar kau balik.”. Lamunan Sejung terhenti apabila Kyungsoo mula bersuara.
“ Hah, okay, okay, jom.” Jawab Sejung.
Di rumah Sejung
“ Gomawo, Kyungsoo. See you tomorrow. By the way, sorry sebab yang tadi tu. Terpegang tangan kau. Mianhaeyo” kata Sejung kepada Kyungsoo.
“ Oh, takpe- takpe. Kau bukannya sengaja pun” jawab Kyungsoo.
“ Okay see you tomorrow, annyeong” Kyungsoo melambaikan tangannya dan berlalu pergi dari situ.
Sejung melangkah memasuki rumahnya.
“ Sejung, cepat pergi siap kita nak pergi jumpa orang ni. Jangan tanya apa- apa. Pergi siap je. Call your oppa sekali.” Bertubi- tubi arahan yang Puan Park berikan kepadanya.
“ Nae, eomma.” Jawabnya pendek.
Sejung menuju ke arah biliknya lalu menghempaskan dirinya di atas katil. Dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendial nombor Chanyeol.
“ Yeobeosaeyo oppa, eomma suruh balik cepat. Katanya nak pergi jumpa orang.” Kata Sejung.
“ Okay, in 5 minutes i’ll be at home, sis. Don’t worry” jawab Chanyeol di hujung talian.
“ Erm..” Sejung lantas mematikan panggilannya. Tidak tahu mengapa, badannya terasa penat yang amat. Mungkin kerana tadi asyik berlari- lari.
“ Haishh, malasnya!!!” jerit Sejung sambil menekupkan bantalnya di muka. Sejung terus mencapai tualanya lalu menuju ke bilik air untuk bersiap- siap.
TO BE CONTINUED...