HIBM {Chapter 7}
Dec 14, 2013
@12:03 AM
Chapter 7
Di Kantin sekolah
Sejung dan Hana berjalan beriringan sambil membawa makanan masing- masing menuju ke sebuah meja yang kosong di kantin itu. Kyungsoo, Hyunsik dan Gongchan hanya menuruti langkah mereka berdua.
“ Korang, sini okay kan?” tanya Hana kepada rakan- rakannya sambil meletakkan makanannya di atas meja itu.
“ Okay, okay” Hyunsik menjawab pertanyaan Hana kerana rakan- rakannya yang lain hanya mendiamkan diri. Mereka kemudiannya melabuhkan punggung mereka ke atas bangku yang ada di bawah meja itu.
“ Sejung, Hana, korang ni kenapa? Berseri- seri je muka hari ni. Dari tadi aku tengok asyik tersengih- sengih je. Ada apa- apa ke? Ceritalah...” tanya Gongchan yang hairan dengan perangai dua temannya yang dari tadi hanya tersenyum sendirian.
“ Haih, Gongchan. Takkan kau tak tahu lagi? Budak dua ekor ni dah ada yang punya.” seloroh Hyunsik menjawab pertanyaan Gongchan sebentar tadi.
“ Hah?! Kau biar betul? Kenapa aku tak tahu pun pasal benda ni? Macam mana kau boleh tahu ni, Hyunsik?” tanya Gongchan lagi.
“ Itulah, pagi tadi kau datang lambat sangat. Pagi tadi masa diorang tengah berbual, aku join dengar sekali.” Jawab Hyunsik.
Kyungsoo yang mendengar perbualan dua sahabat baiknya itu hanya diam membisu. Dia kelihatan agak terkejut dengan penerangan Hyunsik sebentar tadi. Kyungsoo yang dari tadi tersenyum masam mencuka.
“ Korang couple dengan siapa ni?” tanya Gongchan lagi.
Sejung dan Hana tidak menjawab pertanyaan Gongchan sebaliknya mereka khayal dengan dunia mereka.
“ Yang sorang tu dengan Chanyeol sunbaenim, yang lagi sorang dengan Jongdae sunbaenim. Diorang couple dengan sunbae yang hot- hot kau tahu?!” jawab Hyunsik.
“ Eh? Chanyeol sunbaenim tu kan abang Sejung?” tanya Gongchan kebingungan.
“ Ish, kau ni! Memanglah Chanyeol sunbaenim tu abang Sejung. So, maknanya Hana yang couple dengan dia. Yang si Sejung ni dengan Jongdae sunbaenim.” Jawab Hyunsik sambil ditonjol- tonjolnya kepala Gongchan kerana geram dengan Gongchan yang tidak faham- faham dengan keterangannya.
“ Aduh! Sakitlah! Okay, okay aku faham dah.” Kata Gongchan kepada Hyunsik.
Sejung dan Hana tersedar dari khayalan mereka apabila mereka mendengar Gongchan mengerang kesakitan. Mereka berpandangan antara satu sama lain sebelum berderai ketawa mereka berdua.
Kyungsoo yang duduk berhadapan dengan Sejung hanya memerhatikan mereka berdua.
“ Sejung, Hana, cepat makan. Nanti sejuk makanan tu.” Kata Kyungsoo kepada dua sahabat itu.
“ Oh, okay. Kyungsoo?” Sejung memanggil Kyungsoo selepas dia menghabiskan sisa ketawanya.
“ Erm?” Kyungsoo hanya mendengus menjawab panggilan Sejung sambil mendongak dan tersenyum lebar.
“ Kau okay tak?” tanya Sejung.
“ Hah? Aku okay je. Kenapa?” jawab Kyungsoo yang sedikit terkejut dengan Sejung yang tiba- tiba sahaja bertanya tentang keadaannya.
“ Eh, bulatnya mata .Tak de apa- apa. Saja je tanya.” Jawab Sejung selamba sambil membuka penutup botol air kosong yang dibelinya tadi di cafe sekolah mereka. Sejung masih memusing- musingkan penutup botol itu tetapi tidak terbuka. Kyungsoo yang dari tadi memandang Sejung merampas botol tersebut dari tangan Sejung.
“ Bagi sini. Lambat sangat nak buka. Bukannya susah sangat pun.” Rungut Kyungsoo sambil membuka
penutup botol itu dan kemudiannya menghulurkan botol itu kepada Sejung semula.
“ Thank you” kata Sejung kepada Kyungsoo.
“ Eh, lupa pula nak cakap. Korang, petang ni ada perjumpaan untuk persiapan prom night tu. Korang jangan risau, Luna dah beli dah barang- barang tu. Kita tinggal nak siapkan je. Korang tengok, baik tak girlfriend aku?” kata Hyunsik sambil memuji teman wanitanya.
“ Herm, baiklah sangat. Garang macam singa.” Seloroh Gongchan.
“ Apa kau kata? Aku tak dengar.” Tanya Hyunsik yang sengaja hendak mengusik Gongchan yang sesuka hati mengkritik teman wanitanya itu.
“ Hah? Oh, Tak apa- apa lah. Aku Cuma cakap yang girlfriend kau tu memang baik.” Jawab Gongchan mengelabah.
“ Sejung, Hana, korang dengar tak ni? Petang ni ada perjumpaan dekat dewan utama tau. Semua kena pakai baju sukan.” Kata Kyungsoo kepada Sejung dan Hana yang sedang asyik menikmati makanan yang ada di hadapan mereka.
“ Okay!” jawab Hana dan Sejung serentak.
Berderai ketawa Hyunsik dan Gongchan manakala Kyungsoo pula hanya tersenyum lebar dengan sikap Hana dan Sejung yang begitu teruja dengan aktiviti petang ini.
Di Dewan Utama.
“ Okay, korang! Kumpul dekat sini!” jerit Baekhyun yang merupakan pengerusi untuk majlis prom night ini.
Pelajar- pelajar kelas 3A dan 4A berpusu- pusu berjalan ke arah Baekhyun yang sudah berdiri di atas pentas dewan itu.
“ Okay, tolong dengar baik- baik. Lepas ni saya takkan ulang balik keterangan saya. Sesiapa yang tidak faham boleh datang jumpa dengan saya.” Tegas Baekhyun.
“ Okay, memandangkan prom night ni akan diadakan lagi seminggu, so kita kena banyak bekerjasama supaya semuanya berjalan dengan lancar. Mulai dari petang ini, kita akan adakan perjumpaan untuk persiapan ini pada setiap hari. Kita akan habis dalam pukul 10.00 malam. Korang okay je kan?” tanya Baekhyun.
“ Okay je!” jawab pelajar- pelajar yang berada di bawah pentas itu.
“ Okay, bagus. Dekat tangan saya ni ada jadual pembahagian tugas. Saya akan bacakan. Tolong dengar baik- baik. Okay, bermula dengan pelajar- pelajar kelas 3A. Pelajar perempuan ditugaskan untuk hiaskan pentas. Pelajar lelaki pula dikehendaki menyusun beberapa buah meja. Yang itu nanti kitorang maklumkan dekat mana korang kena susun. Lepas dah siap tu, korang bolehlah nak tolong pelajar perempuan hiaskan pentas. Next, pelajar- pelajar kelas 4A. Pelajar perempuan ditugaskan untuk menyediakan beberapa props dan hiaskannya. Pelajar lelaki pula tolong pelajar perempuan gantung- gantungkan barang. Faham?!” jelas Baekhyun panjang lebar.
“ Faham!” jawab para pelajar yang berada di dewan itu.
Dari daun pintu dewan tersebut, kelihatan beberapa pelajar lelaki kelas 4A sedang mengangkat beberapa kotak untuk diletakkan di hadapan pentas tempat Baekhyun berdiri.
“ Chanyeol! Letak dekat sini je.” Jerit Baekhyun kepada Chanyeol yang sedang menghampirinya.
Semasa Chanyeol hendak menuju ke arah pentas, sempat lagi dia mencuit bahu Hana. “ Hoi” kata Chanyeol perlahan.
Hana yang sedang rancak berbual- bual dengan Sejung, terkejut dengan tindakan Chanyeol. Dia mengalihkan pandangannya tepat ke arah wajah Chanyeol yang tersenyum kepadanya yang sedang berjalan menuju ke hadapan pentas. Sejung yang dari tadi memerhatikan mereka berdua cuba untuk mengusik Hana.
“ Amboi, main cuit- cuit nampak... Sukalah tu... Kyungsoo, tengok Hana. Tersengih- sengih beliau.” Usik Sejung sambil menyiku- yiku lengan Kyungsoo supaya Kyungsoo memandang Hana yang sedang tersengih- sengih.
“ Sejung.... Janganlah. Aku malulah..” kata Hana yang sudah malu dek usikan Sejung tadi. Pipinya sudah terasa panas. Mukanya sudah berubah menjadi merah. Sejung dan Kyungsoo ketawa kecil apabila muka Hana sudah berubah menjadi merah.
“ Yelah, aku tak usik kau lagi.” Kata Sejung memujuk Hana.
“ Okay! Pelajar perempuan kelas 3A tolong ikut Luna. Pelajar lelaki pula tolong ikut Jongdae sunbaenim.
Bergerak sekarang!” Baekhyun memberikan arahan seterusnya.
“ Sejung, jom.” Hana menarik lengan Sejung menuju ke tepi pentas tempat Luna berdiri.
“ Okay, korang tahu kan tugas kita apa? So, hari ni kita kena ada idea yang kreatif untuk hiaskan pentas ni mengikut tema. Aku dah belikan barang- barangnya. Tapi aku still tak de idea. Cuba korang tengok dulu barang- barang ni. Kalau ada idea, bagitahu aku.
Semua pelajar perempuan kelas 3A mula mengerumuni Luna. Masing- masing sibuk membelek- belek hiasan yang Luna telah sediakan.
“ Sejung, kita nak buat apa ni? Aku tak de idea lah.” Kata Hana kepada Sejung sambil membelek- belek beberapa gulung reben yang ada di hadapannya.
Sejung tidak menjawab sebaliknya dia hanya termenung seperti sedang memikirkan sesuatu. Tidak lama kemudian dia memetikkan jarinya tanda dia mendapat idea untuk menghiaskan pentas dewan itu.
“ Luna, bagi aku satu kertas dan satu pensil” kata Sejung kepada Luna.
“ Kau nak buat apa?” tanya Luna hairan.
“ Adalah.. Bagi je.” Jawab Sejung.
“ Okay. Nah.” Luna menghulurkan sekeping kertas bersaiz A4 dan sebatang pensil kepada Sejung.
“ Oppa, sini sekejap.” Sejung dengan tidak semena- mena memanggil Chanyeol. Nasib baiklah Chanyeol masih berada di hadapan pentas, kalau tidak terpaksalah dia menjerit memanggil abangnya itu sampai satu dewan dengar.
“ Kenapa?” tanya Chanyeol.
“ Sini sekejap.” Jawab Sejung.
Chanyeol kemudiannya berjalan menuju ke arah Sejung. Tatkala Chanyeol menuju ke arah Sejung, telinga Sejung dapat menangkap beberapa bisikan dari teman sekelasnya.
“ Omg! Handsomenya...” bisik beberapa pelajar perempuan yang berdiri di belakang Sejung.
Sejung yang mendengar bisikan tersebut hanya tersenyum. “Tak sangka pula oppa ni hot stuff. Bertuah Hana.” Bisik hatinya.
“ Hah! Nak apa?” tanya Chanyeol apabila dia betul- betul berada di hadapan Sejung.
“ Oppa ingat tak, 3 tahun lepas eomma ada buatkan birthday party untuk oppa? Masa tu besar- besaran. Buat dekat dewan juga. Ada pentas..... Tema dia.....apa?” tanya Sejung.
“ Oh, yang tu? Tema dia midnight masquerade lah. Kenapa?” jawab Chanyeol dengan pertanyaan.
“ Oppa ingat tak macam mana decoration pentas tu?” tanya Sejung lagi.
Chanyeol cuba untuk mengingati kembali rupa bentuk pentas yang direka semasa parti hari lahirnya itu.
“ Hah! Ingat, ingat!” jawab Chanyeol.
“ Tolong sketchkan, oppa.” Kata Sejung lagi.
Semua pelajar perempuan kelas 3A yang dari tadinya berada di situ hanya mendengar sahaja perbualan mereka. Mata mereka hanya memandang Sejung dan Chanyeol.
Chanyeol segera mendapatkaan pensil yang berada di tangan Sejung lalu melakarkan keadaan pentas yang ada semasa parti hari lahirnya. Semasa lakaran pentas itu sudah separuh siap, segelintir pelajar perempuan kelas 3A memuji lakaran itu. Sejung yang perasan dengan ketidakhadiran Hana disisinya mencari- cari kelibat rakannya itu.
“ Ish, Sejung. Duduk diam- diam lah.” Kata Chanyeol yang sedikit terganggu dengan pergerakan Sejung.
“ Oh, mian.” Kata Sejung pendek. Dia mula memerhatikan rakan- rakan yang berada di sekelilingnya.
Semuanya memandang tepat ke arah wajah Chanyeol. Ada juga yang tersengih- sengih apabila Chanyeol mendongak memandang wajah mereka.
Sejung mengjengketkan kakinya sedikit untuk melihat siapakah gerangan yang bertuah dapat duduk di sebelah abangnya itu.
“ Oh, Hana.” Bisik hati Sejung. Sejung ketawa kecil apabila melihat keadaan Hana yang keras seperti batu. Mana tidaknya, Chanyeol daripada awal lagi menyandarkan bahu kirinya di bahu kanan Hana. Chanyeol pula tersengih- sengih.
“ Perhatian! Tolong dengar sekejap! Cikgu ada maklumkan tadi, kita akan adakan beberapa buah persembahan. Pelajar- pelajar kelas 3A dan 4A kena hantar wakil untuk persembahan ini. Nak campur pun tak pe.” Jelas Baekhyun sebaik sahaja guru muziknya, Puan Sunmi berjumpa dengannya sebentar tadi.
Sejung yang teruja dengan arahan Baekhyun itu terus mencengkam lengan abangnya itu.
“ Oppa, jom!.” Kata Sejung sambil menjongket- jongketkan keningnya kepada Chanyeol.
“ Ha ah, jom!” Chanyeol juga kelihatan sungguh teruja.
“ Okay, dah siap lakaran ni. Korang buatlah yang terbaik untuk hiaskan pentas ni. Okay?” kata Chanyeol kepada pelajar perempuan kelas 3A itu.
“ Baekhyun! Aku nak!” jerit Chanyeol sambil berlari- lari anak menuju ke arah Baekhyun.
“ Aku nak buat persembahan juga. Mana kertas tadi?” tanya Chanyeol yang tercari- cari kertas senarai nama pelajar yang akan membuat persembahan.
“ Nah.” Baekhyun menghulurkan kertas senarai nama tersebut.
Chanyeol mencapai kertas itu dan terus memasukkan namanya dan nama Sejung. Dia memerhatikan nama pelajar- pelajar yang akan membuat persembahan itu. “ Eh? Kau pun ada, Baekhyun? Ni..... Jongdae pun?” tanya Chanyeol.
“ Of course lah kitorang ada. Wajib tu. Kitorang nyanyi berduet. How was it? Baekhyun and Jongdae collaboration? Hahahahahhahahah..” berderai ketawa Baekhyun dan Chanyeol apabila Baekhyun secara tidak sengaja membuat lawak bodoh.
Bermula dari hari itu, semua pelajar dari kelas 3A dan 4A, bertungkus- lumus membuat persiapan untuk majlis prom night yang akan diadakan nanti. Setiap petang sehinggalah ke malam, itulah yang menjadi tugasan mereka pada minggu tersebut. Sungguh sibuk. Maklumlah, pelajar- pelajar kelas 4A inginkan yang terbaik untuk majlis ini kerana tahun ini merupakan tahun akhir mereka. Sekurang- kurangnya ada kenangan manis yang tercipta pada malam tersebut. Pelajar- pelajar yang akan membuat persembahan juga tidak terkecuali membuat latihan. Kebanyakan daripada mereka membuat latihan di bilik muzik sekolah pada setiap pagi selepas waktu rehat.
3 hari sebelum majlis.
Sejung POV
“ Sejung, Cepatlah. Chanyeol hyung dah tunggu dekat bilik muzik.” Kata Kyungsoo sambil mengetuk- ngetuk meja Sejung.
“ Sekejaplah... Sikit lagi ni.” Kata Sejung yang masih menulis jawapan bagi latihan yang diberi oleh guru matematik tambahannya.
“ Cepatlah, nanti dia marah aku. Dia yang suruh aku panggil kau ni.” Kata Kyungsoo lagi yang berdiri dihadapan meja Sejung.
“ Oppa, marah? Sebelum dia marah, tak pasal- pasal lebam mata dia. Yang kau tu, sanalah sikit. Tak nampak lah.” Seloroh Sejung. Dia kemudiannya menolak- nolak tubuh Kyungsoo supaya tidak menghalang pandangannya ke arah papan putih di hadapan.
“ Garangnya. Hahaahahahahah.” Kata Kyungsoo sambil tertawa.
“ Eh, gelak pula dia. Dah, kau duduk dekat kerusi tu. Jangan nak menyibuk. Sikit je lagi ni.” Sejung mengarahkan Kyungsoo supaya duduk di kerusi yang berhadapan dengan mejanya. Kyungsoo kemudiannya melabuhkan punggungnya ke atas kerusi tersebut.
“ Kenapa kau sorang je? Hana mana?” tanya Kyungsoo.
“ Aku suruh dia pergi dewan terus. Dia dah siap latihan ni, takkan aku nak suruh dia tunggu. Dari tadi aku je yang terkial- kial nak jawab soalan ni. Aku mengantuk sangat.” Jawab Sejung.
Sementara menunggu Sejung menyiapkan kerja rumahnya, Kyungsoo mengambil kesempatan ini untuk menatap wajah mulus Sejung. Tersengih- sengih seperti kerang busuk.
“ Okay, dah siap.” Sejung melepaskan pen yang sudah lama berada di jarinya itu. Dia mengetak- ngetakkan jarinya itu dan kemudiannya mengemaskan mejanya.
“ Dah, jom!” kata Sejung sebaik sahaja dia menggalas begnya. Tetapi Kyungsoo masih lagi tidak berganjak sebaliknya hanya merenung wajah Sejung.
“ Yang mamat ni dah kenapa? Berangan ke? Orang cakap dengan dia, buat tak tahu pula.” Bisik hati Sejung.
“ Kyungsoo, jom!” kata Sejung lagi sambil menghayun- hayunkan tangan kanannya ke hadapan wajah Kyungsoo.
“ Hah? Apa dia? Kau dah siap ke belum?” kata Kyungsoo menggelabah sebaik sahaja dia sedar dari lamunannya.
“ Dah siap, jom lah. Ish, berangan jelah kau ni.” Kata Sejung lagi.
“ Okay, okay jom” kata Kyungsoo lagi sambil mengorak langkah keluar dari kelasnya.
Sebaik sahaja Sejung sampai di bilik muzik, dia hairan dengan suasana bilik muzik itu. Terdapat ramai pelajar yang berada di dalam bilik muzik itu. Tidak seperti kebiasaannya. Semua pelajar sedang asyik melihat Baekhyun dan Jongdae membuat latihan nyanyian mereka. Sungguh merdu suara mereka berdua. Mungkin itu sebabnya mereka semua tertarik untuk berada di dalam bilik muzik ini. Mata Sejung kali ini memandang teman baiknya, Hana yang berada agak jauh darinya. Dia melambai- lambaikan tangannya. Pelik.
“ Hana buat apa dekat sini? Dan diorang semua ni buat apa kat sini? Diorang bukan buat persembahan pun nanti. Argh... biarlah.” Bisik hati Sejung.
“ Okay, seterusnya dipersilakan Chanyeol dan Sejung.” Kata Jongdae selepas dia menghabiskan nyanyiannya.
Sejung yang mendengar namanya disebut secara tiba- tiba, tersentak. Dia memandang sekeliling. Semua pelajar sedang memerhati.
“ Apasal pula ni?” bisiknya ke telinga Kyungsoo.
“ Hari ni kan rehearsal. Kau lupa?” kata Kyungsoo kepada Sejung.
“ Oh, haaa.... Okay, okay” jawab Sejung selepas dia mengingati kembali apa yaang dipesan oleh abangnya pagi tadi. Sejung kemudiannya berjalan menuju ke arah sebuah piano yang menjadi alat muzik untuk persembahannya pada majlis itu nanti. Dia meletakkan beg galasnya di tepi piano tersebut.
“ Sejung, ready?” tanya Chanyeol yang sudah lama bersedia di atas pentas itu.
“Yes, I’m ready.” Kata Sejung. Dia kemudiannya menekan jejari piano tersebut. Dia memainkan chord pertama. Tiba- tiba seluruh keadaan menjadi gelap- gelita. Sejung menjadi keluh- kesah. Dan tidak semena- mena dia menjerit sekuat hati
“ Oppa!!!!!!!!!! Where are you?!!!” jerit Sejung. Dia cukup tak suka bila terpaksa berada dalam suasana yang gelap macam itu. Tangannya turut meraba- raba piano tersebut.
“ Ah, ada tangan.” Bisik hatinya. Tanpa dia sedari, tangan yang dipegangnya tadi menarik dirinya lalu memeluknya.
“ It’s okay. It’s okay. You’re safe with me.” Kata Jongdae. Tatkala suara itu didengar oleh Sejung, dia bermonolog dalaman. “ Jongdae”
“ Jongdae- ah, aku takut. Apa dah jadi ni? Kenapa gelap sangat?” suara Sejung sudah mula menggeletar dan tidak semena- mena air matanya mengalir sehingga menitis di atas baju yang disarungkan oleh Jongdae.
“ Jong...dae... aku takut” teresak- esak tangisannya.
“ Hey, hey. Don’t cry. It’s okay. You’re safe with me.” Kata Jongdae cuba memujuk Sejung. Sejung yang masih dalam ketakutan memeluk erat tubuh Jongdae.
“ Sejung, look.” Kata Jongdae sambil memusingkan tubuh Sejung supaya membelakanginya.
“ No.” Kata Sejung lalu dia berhadapan dengan Jongdae kembali.
“ It’s okay, Sejung. Tak de apa- apa pun. Pusing je. Kalau takut sangat tutup mata tu.” Kata Jongdae sambil memusingkan tubuh Sejung semula.
Tangan Sejung menggigil ketakutan. Sejuk. Dia mengggengam erat kedua- dua belah tangan Jongdae sambil menutup mata.
“ Jongdae....” keluh Sejung.
“ Don’t worry. I’m here beside you.” Kata Jongdae lagi.
“ Kenapa panas ni, Jongdae?” tanya Sejung apabila mukanya terasa bagai disentuh oleh haba yang panas.
“ Okay, open your eyes.” Kata Jongdae.
Tatkala Sejung membuka matanya, cahaya yang silau menerobos ke ruang corneanya. “ Silaunya” bisik hati Sejung.
“ Saegil chukkahabnida, saegil chukkahabnida, saranghaneun Sejung- ah, saegil chukkahabnida.” Semua pelajar yang berada di dalam bilik muzik itu menyanyikan lagu Selamat Hari Lahir untuk Sejung. Sejurus selepas lagu itu tamat dinyanyikan, keadaan bilik muzik itu kembali terang dengan cahaya lampu.
Sejung memandang susuk tubuh yang memegang kek yang masih dihiasi dengan lilin yang bernyala itu.
“ Oppa?” bisik hatinya.
“ Dahlah, janganlah menangis. Buruk muka tu.” Kata Chanyeol sambil mengelapkan sisa air mata Sejung yang masih berada dipipi adiknya itu.
“ Make a wish.” Pinta Chanyeol.
Sejung menutupkan matanya sambil mengenggam kedua-dua belah tangannya sambil tersenyum lebar.
“ Done” kata Sejung.
Chanyeol menghulurkan kek itu dihadapan wajah Sejung lalu Sejung meniup lilin itu sehingga semuanya terpadam. Semua manusia yang berada di dalam perut bilik muzik itu menepuk- nepukkan tangan mereka.
“ Okay!!! It’s time to eat!!!” jerit Baekhyun yang berjalan menuju ke arah salah satu sudut bilik muzik itu.
“ Banyaknya makanan. Kenapa aku datang tadi, aku tak perasan?” bisik hati Sejung.
“ Sejung- ah, my dear sister, Happy Birthday. Please stay healthy.” Kata Chanyeol yang tersenyum lebar sambil menghulurkan kotak hadiah berwarna biru yang dihiasi dengan reben berwarna putih.
“ Gomawo, oppa.” Kata Sejung kepada Chanyeol sambil mencapai hadiah tersebut.
Sekarang giliran Jongdae pula untuk memberi hadiah kepada Sejung. Jongdae berdiri betul- betul di hadapan Sejung.
“ Sejung- ah, Happy Birthday. Please stay healthy and love me? Hahahahahahaha. And don’t worry if troubles comes to you. Always remember that i’m here beside you.” Kata Jongdae sambil mencium dahi Sejung. Sejung pula hanya mengangguk- anggukan kepalanya.
Kyungsoo POV
Segelintir pelajar yang melihat mereka berdua mula berbisik- bisik antara satu sama lain.
“ Sejung kapel dengan Jongdae sunbaenim? Bertuahnya dia. Jealous aku. Aku yang dah lama sukakan dia pun tak pernah bercakap dengan dia.” Kata seorang pelajar perempuan yang berdiri di sebelah Kyungsoo.
“ Kau kena terima hakikat yang Jongdae sunbaenim tu suka kat Sejung tu. Diorang tu dah lama kenal. Dari kecil lagi dah berkawan.” Jelas rakan kepada pelajar perempuan tersebut.
Kyungsoo yang mendengar hanya dapat mengeluh. Niatnya untuk memberikan hadiah kepada Sejung terbantut apabila melihat Jongdae mencium dahi Sejung. Kotak hadiah yang berada di tangannya dibelek- beleknya.
“ She does not need this.” Bisik hati Kyungsoo.
Kyungsoo menghampiri tong sampah yang berdekatan dengan dirinya. Dia kemudiannya mencampakkan hadiah tersebut dan beredar dari situ menuju ke Dewan Utama untuk menyiapkan kerjanya.
Dia membuka pintu Dewan Utama tersebut dan kemudiannya memasuki dewan itu.
“ Herm.....” dengus Kyungsoo sambil berjalan menuju ke bahagian pentas.
Kyungsoo menyandarkan dirinya di tembok pentas berkenaan. Dia mengangkat tangan kirinya. Dia memandang jam tangan miliknya itu. Terdapat ukiran “PS” yang sepatutnya menjadi tempat nombor 12 pada jam tangannya. Jam itu ditempah khas oleh Kyungsoo seminggu yang lalu. Sebenarnya dia membuat tempahan khas untuk dua utas jam tangan. Satu miliknya dan satu lagi untuk dihadiahkan kepada Sejung.
“ PS, Park Sejung....” dia bermonolog sendirian.
“ Happy Birthday....... saranghae.” Bisik Kyungsoo sambil mengusap- usap jam tangannya.
Dia kemudiannya naik ke atas pentas dan mencapai beberapa hiasan untuk digantungnya. Dia menaiki tangga mudah alih itu sehingga ke atas. Kyungsoo melabuhkan punggungnya sementara dia mencabut double tape yang dilekatkan pada hiasan itu. Daun pintu dewan itu dikuak tetapi Kyungsoo tidak perasan kerana sibuk dengan kerjanya.
“ Kyungsoo!” Sejung yang berada di bawah pentas memanggilnya.
Kyungsoo yang terkejut dengan terjahan Sejung tersentak. Dia kemudiannya memalingkan kepalanya ke arah suara itu. Dia memandang ke bahagian bawah pentas. “ Oh, Sejung..” bisik hatinya.
“ Turun, cepat.” Kata Sejung.
“ Kejap, aku nak lekatkan benda ni.” Jawab Kyungsoo yang sudah berdiri untuk melekatkan hiasan itu. Sejurus selepas dia melekatkan hiasan tersebut, dia menuruni anak tangga itu dengan berhati- hati.
“ Ada apa?” tanya Kyungsoo apabila dia sudah mendarat dengan selamatnya dia atas lantai.
“ Kenapa kau tak join makan sekali?” tanya Sejung lagi. Di tangannya terdapat pinggan yang terdapat sepotong kek, beberapa ketul ayam goreng dan beberapa snack untuk diberikan kepada Kyungsoo.
“ Aku dah kenyang.” Jawab Kyungsoo berdalih.
“ Ye lah tu, kenyang. Tipu je tahu.” Kata Sejung sambil berjalan menuju ke penjuru pentas itu lalu melabuhkan punggungnya. Kyungsoo juga menurut.
“ Betul. Aku dah kenyang. Yang kau datang sini buat apa? Dah habis ke birthday party tu?” Jawab Kyungsoo dengan pertanyaan.
“ Belum habis lagi. Tadi masa aku kat bilik muzik, aku cari kau tapi kau tak de. Aku tanya Hyunsik dia cakap dia nampak kau keluar. Aku pun pergi cari kau. Last, last aku jumpa kau dekat sini. Pandai kan aku? Nah, ambil ni. Makan.” Sejung meletakkan pinggan tersebut dihadapan Kyungsoo.
“ Kau tak payah nak tenung je makanan tu. Aku tahu kau lapar. Makan je. Kalau tak, tak pasal- pasal lebam pipi kau tu.” Sejung membelek- belek buku limanya sambil tersenyum sinis.
Kyungsoo mencapai seketul ayam goreng itu lalu menyuapkannya di dalam mulut.
“ Erm... sedapnya. Nikmatnyaa.... Nasib baik dia ugut aku, kalau tidak bocor rahsia aku yang aku ni tak lapar. Dah berapa jam makanan tak masuk perut ni.” Bisik hati Kyungsoo.
“ Hah, tahu takut. Makan sampai habis. Aku tengok muka kau pun aku tahu kau kebuluran tahap gaban.
Dari tengah hari tadi kau dengan aku, aku tak nampak apa- apa makanan pun masuk perut kau tu. So, tak payah lah nak tipu aku, Kyungsoo.” Kata Sejung lagi.
Kyungsoo menikmati makanan itu dengan nikmatnya. Sejung hanya memandang wajah temannya itu yang sedang menikmati makanannya. Lama- kelamaan, makanan yang ada di atas pinggan itu licin. Yang tinggal hanyalah tulang- tulang ayam.
“ Bbrrpppp...” Kyungsoo tersendawa. Sejung terkejut dengan bunyi yang dikeluarkan oleh Kyungsoo lalu tergelak sakan sehingga menekan- nekan perutnya.
“Mian” kata Kyungsoo.
“ Tak pe, tak pe” kata Sejung menghabiskan gelaknya.
“ Kau tak nak wish aku ke?” tanya Sejung.
“ Oh, wish apa?” Kyungsoo sengaja mengusik Sejung.
“ Aih, dah dapat makan lupa pula hari ni, hari apa?” Sejung mengalihkan pandangannya daripada memandang wajah Kyungsoo. Merajuk agaknya.
“ Hahahahahahahah. Ye lah.. Happy Birthday My L.....” Kyungsoo berhenti di situ.
“ My apa?” tanya Sejung.
“ My.. My... My friend.” Kyungsoo tergagap- gagap menjawab pertanyaan Sejung.
“ Aduh, nasib baik aku tak cakap tadi. Kalau tak, malulah aku. Okay, cakap dalam hati je. Happy Birthday my love..” bisik hati Kyungsoo sambil tersenyum- senyum lebar.
“ Tu je? Hadiah tak de?” tanya Sejung.
“ Erm.... sorry, aku tak sempat nak belikan. Nanti aku belanja kau makan eh?” jawab Kyungsoo.
“ Hahahahahahahahah. Tak pe lah... Aku tak kisah pun. Yang penting kau dah wish aku. Kan?” Sejung menyiku lengan Kyungsoo.
“ Oh, ha ah. Are you sure, tak nak hadiah?” tanya Kyungsoo lagi.
“ Betul. Tak pe. Aku tak kisah pun.” Kata Sejung.
“ Kyungsoo, cantiknya jam kau. Jam baru eh? PS tu apa?” Sejung membelek- belek jam tangan Kyungsoo.
“ Ha ah jam baru. PS tu nama jenama dia.” Kyungsoo memandang Sejung yang asyik membelek- belek jam tangannya. Sengaja dia membiarkan Sejung membelek jam tangannya. Sekurang- kurangnya dia dapat tenung Sejung dalam keadaan yang dekat macam ni. Dan lagi satu, sekurang- kurangnya dia dapat rasakan sentuhan lembut tangan Sejung.
“ Mesti mahal kan jam ni? Aku tak pernah dengar pun jenama PS ni.” Kata Sejung yang teruja.
“ Memang mahal. Jam ni terhad. Ada dua je kat dalam dunia ni. Aku yang tempah sendiri. Aku yang nak design macam ni.” Jelas Kyungsoo.
“ Dua? Lagi satu kat mana?” tanya Sejung.
“ Entah, aku pun tak tahu.” Jawab Kyungsoo.
“ Ooooo..” Sejung masih membelek- belek jam tangan Kyungsoo.
“ Yang lagi satu tu, kau punya Sejung. Tapi sayangnya... aku dah buang dekat dalam tong sampah. Yang kau punya tu aku design lain. Kalau aku punya ada ukiran PS, kau punya ada ukiran DK sempena nama aku.
Aku pasti kalau kau dapat jam tu pun, kau takkan tahu apa maksud DK tu. Kau takkan terfikir pun, Sejung.” Kyungsoo bermonolog dalaman.
TO BE CONTINUED...