Dari daun pintu kelas 3A, kelihatan Sejung berjalan menuju ke tempat duduknya. Dia kelihatan sungguh gembira. Maklumlah semalam ada berita gembira daripada Puan Park, ibunya. Matanya mencari kelibat rakan- rakannya.
“ Oh, dekat situ” bisik hatinya apabila dia melihat sekumpulan pelajar sedang mengerumuni meja Kyungsoo.
“ Good morning, guys! ” tegur Sejung secara mengejut.
“ Oh, mak kau!” Gongchan yang terkejut dengan terjahan Sejung dengan tidak semena- mena melatah. Manakala rakan- rakannya yang lain menjawab ucapan selamat pagi itu dengan tenang.
“ Hahahahahahahahaha! Apa lah kau ni, Gongchan. Melatah je tahu.” Kata Sejung menghabiskan tawanya.
“ Kaulah! Yang kau terjah macam tu je, kenapa?! Terkejut aku.” Marah Gongchan sambil mengurut- urut dadanya.
“ Dah lah. Jangan gaduh- gaduh. Sejung, pergi letak beg kau tu dulu.” Hana mengarahkan Sejung supaya beg galasnya diturunkan dari bahunya dahulu.
Sejung melepaskan beg sekolah yang digalasnya dari tadi dan meletakkannya di tempat duduknya. Lalu dia kembali semula ke meja Kyungsoo.
“ Sejung, kenapa kau nampak lain macam je hari ni?” tanya Kyungsoo kehairanan.
“ Lain macam? Maksud kau?” tanya Sejung kembali dengan senyuman lebar.
“ Hari ni, kau nampak berseri- seri. Happy semacam je aku tengok. Ada apa- apa ke?” tanya Kyungsoo lagi.
“ Semalam my mom ada buat surprise juga. And guess what? Ada hadiah untuk Hana juga.” Kata Sejung sambil menyeluk poket blazernya untuk mengeluarkan telefon bimbitnya.
“ Hah? Hadiah? Hadiah apa? Birthday aku dah lepas lah.” Kata Hana kehairanan.
“ It’s not for your birthday. By the way, Hana, kau dah ada baju untuk majlis tu nanti?” tanya Sejung.
“ Oh, belum ada lagi. Lagi dua hari......... aku still tak tahu nak pakai apa.” Jawab Hana dalam keadaan sedikit kecewa.
“ Okay! Nice! Don’t worry Hana. Here....” kata Sejung dalam keadaan gembira. Dia kemudiannya mengangkat telefon bimbitnya ke hadapan muka Hana. Dia menunjukkan hadiah yang diberikan oleh Puan Park kepadanya dan Hana.
“ The blue one is yours and obviously the pink one is mine.” Kata Sejung sambil tersenyum lebar kepada Hana.
“ Wah!!!! So pretty. I Like it a lot. Gomawo Sejung- ah” kata Hana yang teruja dengan rupa bentuk dress labuh yang dibeli oleh Puan Park.
“ Apa benda tu? Nak tengok.” Kata Kyungsoo sambil menjengah- jengahkan kepalanya ke arah telefon bimbit Sejung.
“ Ha ah, aku pun nak tengok juga.” Kata Gongchan.
“ Aku pun!” kali ini Hyunsik pula bersuara.
“ Ish, tak boleh. Surprise. Masa majlis tu nanti korang tengoklah.” Kata Sejung sambil memasukkan telefon bimbitnya ke dalam poket blazernya semula.
“ Alaa....” Kyungsoo, Hyunsik dan Gongchan mengeluh.
Sejung dan Hana ketawa kecil melihat gelagat rakan- rakannya itu. Gongchan dan Hyunsik kemudiannya beredar dari situ untuk melakukan aktiviti masing- masing. Keadaan menjadi senyap seketika sebelum Hana mendapati sesuatu yang menarik perhatiannya pada tangan kiri Sejung.
“ Sejung! Jam baru ke? Cantiknya!!” kata Hana sambil menbelek- belek pergelangan tangan kiri Sejung.
“ Ha ah... Semalam oppa bagi satu kotak hadiah ni. Dia kata dia jumpa dekat dalam tong sampah. Ada nama aku dekat situ sebab tu dia ambil.” Kata Sejung.
“ Siapa bagi?” tanya Hana lagi.
“ Aku pun tak tahu siapa bagi. Nama pengirimnya tak ditulis. Yang ada dekat kad tu dia kata ‘ Happy Birthday Sejung from S.A’. Hah! Tu jelah yang dia tulis.” Kata Sejung sambil mengingat kembali apa yang tertulis di atas kad pada kotak hadiah tersebut.
“ Herm.... S.A?” tanya Hana kepada Sejung meminta kepastian.
“ Yes, S.A.” jawab Sejung pendek.
“ Oh! S.A! Secret Admire! Sejung! Kau ada peminat lah.” Kata Hana selepas dia mengetahui apa yang dimaksudkan dengan S.A.
“ Peminat? Aku ada peminat? No way. Hahahahahahahaha. Buat lawaklah kau ni.” Kata Sejung sambil menampar sedikit bahu Hana.
“ Betul lah. S.A stand for secret admire.” Kata Hana lagi.
“ Herm... ye lah. Kyungsoo?” Sejung menegur Kyungsoo yang dari tadi termenung memandang pergelangan tangan kiri Sejung.
“ Huh?” Kyungsoo tersentak.
“ Cantik tak jam ni? Tengok ni. Ada ukiran D.K dekat nombor 12. Macam kau punya juga. Tapi kau punya jenama P.S. Cantik kan?” tanya Sejung lagi sambil tersenyum- senyum membelek jam tangannya itu.
“ Haaa.... cantik- cantik. Kau suka?” tanya Kyungsoo dalam keadaan cemas.
“ I love it so much!” kata Sejung sambil memeluk erat tangan kirinya ke dada.
“ Glad to hear that.” Bisik Kyungsoo perlahan.
“ Apa dia?” tanya Sejung selepas dia mendengar Kyungsoo mengatakan sesuatu.
“ Eh, nothing.” Jawab Kyungsoo.
“ Siapa lah secret admire aku tu kan? Mesti kaya. Boleh beli jam mahal- mahal macam ni. Membazir duit je belikan untuk aku.” Keluh Sejung. Dia bukannya tidak bersyukur tetapi cuba fikir, jam semahal ni boleh dibeli semata- mata nak diberikan kepadanya.
“ Sejung, kalau kita dah suka dekat orang tu, kita sanggup bagi dia apa- apa pun supaya dia happy.” Kata Kyungsoo setelah kembali tenang selepas dia terkejut melihat jam tangan yang dipakai oleh Sejung merupakan hadiah daripadanya.
“ Yes, that’s right Kyungsoo. Sejung, you are so lucky ada peminat tau.” Kata Hana menyetujui kata- kata Kyungsoo itu sambil memuji Sejung.
“ Aku harap satu hari nanti aku tahu dia siapa.....” kata Sejung sambil menguis- guiskan jarinya di tepi meja Kyungsoo.
Kyungsoo yang memandang Sejung, tersenyum lebar mendengar kata- kata yang keluar dari bibir Sejung.
“ You will” kata Kyungsoo kepada Sejung.
“ Bangun!” Hyunsik mengarahkan supaya semua pelajar bangun untuk memberi ucapan selamat kepada Puan Minsoo yang berjalan memasuki kelas mereka. Sejung yang termenung, terkejut dengan suara Hyunsik yang agak kuat itu. Kelihatan semua pelajar yang bersadai-sadai di meja rakan- rakan mereka kembali ke tempat masing- masing.
“ Selamat pagi, Puan” kata Hyunsik.
“ Okay, selamat pagi. Sila duduk” kata Puan Minsoo setelah mereka semua selesai memberikan ucapan selamat.
“ Tolong beri perhatian. Disebabkan majlis prom night ini akan diadakan dalam masa dua hari lagi, kamu semua diberi kebenaran daripada pengetua untuk membuat persiapan selengkapnya bermula daripada pagi ini.” Jelas Puan Minsoo.
Semua pelajar kelas 3A dengan tidak semena- mena melonjak keriangan apabila mendengar berita gembira itu.
Pagi itu, mereka beredar menuju ke dewan utama tempat majlis prom night itu akan diadakan. Mereka menyiapkan segala- galanya. Sejung dan Chanyeol juga sempat membuat rehearsel mereka sendiri di atas pentas dewan tersebut. Mereka mendapat tepukan yang gemuruh hasil daripada nyanyian mereka berdua yang menarik. Pelajar- pelajar lain yang membuat persembahan juga tidak ketinggalan membuat raptai sendiri. Persembahan daripada Baekhyun dan Jongdae paling dinanti- nantikan oleh semua pelajar di sekolah itu. Maklumlah ‘ hotstuff’ sekolah. Dahlah handsome, suara sedap, pandai, baik dan macam- macam lah. Pokok pangkalnya, memang sempurna mereka berdua itu di mata pelajar- pelajar perempuan sekolah itu. Chanyeol yang mempunyai package seperti Baekhyun dan Jongdae turut terkena tempias ‘ hotstuff’ apabila berkawan dengan mereka. Memang menjadi pujaan ramai pelajar perempuan sekolah itu.
Sehari sebelum majlis.
“ Wah!!! Dah cantik dewan ni!!!” kata Baekhyun yang teruja degan rupa bentuk dewan yang dihiasi oleh anak- anak buahnya.
“ Korang!!! Sini!!!” Baekhyun memanggil semua pelajar supaya datang ke tempat dia berdiri.
Baekhyun berdiri di pintu utama dewan tersebut yang menghadap ke pentas dewan tersebut. Kebanyakan daripada mereka masih terduduk setelah kepenatan menghias dewan tersebut dengan sepenuh tenaga. Tiada seorang pun daripada mereka yang mendengar panggilan Baekhyun.
Baekhyun mencapai mic yang tidak berwayar yang terletak di meja berdekatannya.
“ Semua pelajar kelas 3A dan 4A, sila ke pintu utama sekarang.” Kata Baekhyun dalam nada sedikit geram.
Segelintir pelajar mengeluh dengan arahan yang diberikan oleh Baekhyun. Tetapi selepas beberapa minit semua pelajar telah berkumpul di pintu utama dewan tersebut.
“ Okay, pertama sekali saya nak ucapkan ribuan terima kasih atas kerjasama yang diberikan sepanjang aktiviti menguruskan dewan ini berlangsung. Segala usaha kamu semua untuk menghiaskan dewan ini amatlah dihargai. Tahniah!” kata Baekhyun sambil menepuk- nepukkan tangannya yang juga diikuti oleh semua pelajar yang berada di dewan itu.
“ Dah tu, yang kau panggil kitorang pergi belakang ni kenapa?” tanya Jongdae kehairanan.
“ Okay, semua sila menghadap ke pentas sekarang!” kata Baekhyun teruja.
Semua pelajar yang berada di dewan itu menurut sahaja arahan Baekhyun. Tatkala mereka menghadap ke arah pentas dewan itu, mulut mereka terlopong melihat kecantikan dan keindahan dewan yang dihiasi oleh mereka sendiri.
“ Wah!!! It is very beautiful!” kata Sejung yang turut teruja dengan dewan yang dihiasi dengan titik peluh mereka sendiri.
“ Tak sia- sia kita bersejuk- sejuk semata- mata nak siapkan dewan ni.” Kata Hana mengenang kesusahan yang mereka hadapi sepanjang aktiviti ini berlangsung.
“ Okay! Hyunsik! Turn on the music! Let’s dance!” jerit Baekhyun kepada Hyunsik yang berlari- lari anak ke tempat audio system diletakkan. Hyunsik kemudiannya menunjukkan thumbs up sebelum dia memainkan lagu klasik sesuai dengan tema majlis itu. Kelihatan semua pelajar turut menarikan lagu itu secara berpasangan tidak kira lelaki ataupun perempuan.
Jongdae POV
“ Seronok aku tengok Sejung happy macam tu.” Kata Jongdae kepada Chanyeol. Mereka berdua sudah kepenatan lalu menyandarkan diri mereka pada tembok pentas tersebut.
“ Yes, me too. Kau jagalah dia baik- baik, Jongdae. Kalau jadi apa- apa dekat dia, kau lah orang pertama yang aku cari nanti.” Kata Chanyeol memberi amaran.
“ Hahahahahahahaha. I will protect her. Don’t worry. Kau pula macam mana dengan Hana? Okay?” tanya Jongdae.
Chanyeol mengukirkan senyuman yang manis sebelum menjawab pertanyaan Jongdae. Baekhyun yang melihat dua temannya itu sudah terduduk kepenatan berlari ke arah mereka.
“ Penat dah ke?” tanya Baekhyun sambil melabuhkan punggungnya berhadapan dengan mereka berdua.
“ Ha ah, Penat. Rasa macam nak patah tulang belakang aku ni. Kau je yang aku nampak dari tadi yang tak penat- penat.” Kata Jongdae sambil meneguk sebotol air mineral yang dicapainya daripada tangan Baekhyun.
“ Well, aku... Hah! Yang kau ni kenapa Chanyeol? Tersengih- sengih. Kau pandang siapa tu?” tanya Baekhyun sambil menoleh ke belakang mencari- cari manusia yang dipandang oleh Chanyeol.
“ Herm, patutlah. Hana rupanya.” Baekhyun dapat meneka orang yang menjadi halwa mata Chanyeol daripada tadi.
“ Chanyeol! Kau tak jawab lagi soalan aku ni.” Kata Jongdae mengingat kembali soalannya yang tidak berjawab daripada tadi.
“ Soalan apa?” tanya Baekhyun selepas dia meneguk sebotol air mineral yang berada di tangannya setelah dipulangkan kembali oleh Jongdae.
“ Aku tanya dia tadi, dia dengan Hana macam mana? Dari tadi tak jawab- jawab. Asyik tersengih- sengih tak ingat dunia.” Kata Jongdae lagi.
“ Ha ah lah. Kau dengan Hana macam mana?” Baekhyun juga menanyakan soalan yang sama.
“ Aku dengan dia okay je. Aku rasa dialah orang yang aku cari selama ni. I love her so much. Her beautiful smile, her sparkle eyes.... Arghh!!! Buat aku tak tidur malam dua tiga hari ni.” Kata Chanyeol sambil memandang ke arah Hana.
“ Hahahahahahahaha. Kawan kita ni dah angau tahap gaban dah ni! Siap tak boleh tidur lagi!” kata Jongdae kepada Baekhyun. Berderai ketawa mereka bertiga apabila mendengar kata- kata yang dilepaskan oleh Jongdae dengan selamba.
“ Oppa, tengok ni. Sejung dah pandai menari. Hana ajar.” Terjah Sejung dari belakang yang sedang memimpin tangan Hana. Chanyeol, Baekhyun dan Jongdae menghabiskan saki- baki tawa mereka dan kemudiannya menumpukan perhatian mereka ke arah Sejung dan Hana.
“ Tunjuk sikit.” Kata Baekhyun.
“ Okay, Hana. Let’s go.” Kata Sejung kepada Hana sambil memegang kedua- dua belah tangan Hana dan memulakan tariannya yang dipelajari daripada Hana sebentar tadi.
“ Both of them are beautiful, aren’t it?” bisik Jongdae ke telinga Chanyeol. Chanyeol yang mendengar hanya tersenyum dan mengangguk.
“ Amboi, Baekhyun? Happynya kau. Nak menari sekali ke?” tanya Jongdae yang melihat Baekhyun yang kelihatan gembira melihat Sejung dan Hana yang sedang menari.
“ Eh, boleh juga. Jom!” Baekhyun menarik tangan Jongdae dan menari bersama mengikut rentak muzik yang masih dimainkan. Chanyeol yang melihat menepuk- nepukkan tangannya sambil tertawa melihat aksi dua sahabatnya.
Selepas beberapa minit, Jongdae menarik tangan Sejung yang sedang berpusing- pusing sendirian. Dia kemudiannya merangkul pinggang Sejung dengan menggunakan tangan kirinya manakala tangan kanannya mengenggam erat tangan kiri Sejung. Sejung yang terkejut dengan tindakan Jongdae diam seketika lalu meletakkan tangan kanannya pada bahu kiri Jongdae. Walaupun posisi mereka kelihatan seperti formal, tetapi mereka menarikan tarian yang tidak formal langsung. Terpusing- pusing.
Hana yang berada di tepi hanya memandang mereka sambil tersenyum. Dia terkejut apabila pinggangnya terasa seperti dirangkul. Dia memandang ke belakang dan dia dapati Chanyeol sudah memeluknya sambil menongkatkan dagu di bahunya. Hana terdiam sambil tersenyum lebar. Mereka kekal pada posisi tersebut sambil tertawa melihat gelagat Baekhyun yang cuba mengacau Sejung dan Jongdae. Apabila Chanyeol ketawa terbahak- bahak, pelukannya semakin erat kerana tidak tahan dengan gelagat tiga orang manusia di hadapannya itu. Hana juga tidak ketinggalan untuk ketawa.
“ Ahh... Suka eh? Sini” kata Jongdae sambil mengeletek pinggang Sejung sehingga Sejung ketawa kerana geli. Sejung terduduk di atas lantai.
“ Jongdae.... Kejap” kata Sejung sambil menekan perutnya.
“ Eh, Sejung kenapa?” Jongdae mulai risau dengan keadaan Sejung yang kelihatan sedang kesakitan.
Sejung memandang Jongdae lalu mencapai Jongdae dan kemudiannya mengeletek Jongdae kembali.
Tergelak- gelak dibuatnya. Setelah beberapa minit, mereka berdua sudah kepenatan.
“ Okay, dah, dah. Penat gelak. Yang kau Baekhyun, bukan nak tolong aku bila Sejung geletek tadi. Kau join sekali? Memang nak kena.” Kata Jongdae kepada Baekhyun yang masih ketawa. Jongdae memandang ke arah genggamannya yang mengenggam erat tangan Sejung. Dia kemudiannya memandang ke arah wajah Sejung yang sedang kepenatan. Dia kelihatan pucat lesi. Alangkah terkejutnya Jongdae apabila matanya dapat menangkap cecair merah yang mengalir keluar dari hidung Sejung.
“ Darah?” bisik hatinya. Baekhyun yang melihat juga terkejut. Masing- masing terlopong. Sejung hanya diam kerana tidak tahu apa- apa.
“ Wae?” tanya Sejung.
“ Baekhyun! Ambilkan tisu cepat!” arah Jongdae dalam keadaan cemas. Baekhyun terus berlari mendapatkan tisu yang berada di dalam begnya.
Sejung kemudiannya melepaskan tangannya dari genggaman Jongdae kerana dia merasakan sesuatu keluar dari hidungnya. Dia mengosokkan- gosokkan hidungnya kerana berasa sedikit gatal dan sakit. Tatkala itu, tangan kanannya dipenuhi dengan darah manakala darah yang mengalir dari hidungnya terus mengalir tanpa henti. Air mata Sejung mula mengalir kerana kesakitan.
“ Jongdae- ah.....sakit............ apa dah jadi ni?” tanya Sejung yang sudah menangis kesakitan. Dia masih menggosok- gosok hidungnya yang sakit itu. Tangannya juga telah dipenuhi dengan darah.
“ Kejap........... Baekhyun! Cepat!” jerit Jongdae kepada Baekhyun.
Chanyeol dan Hana yang mendengar jeritan cemas Jongdae, berjalan menuju ke arah mereka bertiga.
Jongdae mengelapkan darah yang mengalir dari hidung Sejung itu menggunakan tisu yang diberikan oleh Baekhyun. Tetapi, darah yang mengalir masih tidak berhenti. Baekhyun yang berada di sisi kelihatan cemas.
“ Kenapa ni Baekhyun?” tanya Chanyeol sebaik sahaja dia berada satu meter di belakang Baekhyun.
“ Your sister....” Baekhyun menudingkan jarinya ke arah Sejung yang sedang menangis.
“ What? Sejung?! What happen?” tanya Chanyeol dalam keadaan cemas yang berlari menuju ke arah adiknya itu. Hana juga turut berlari membontoti Chanyeol di belakang.
Sebaik sahaja Chanyeol tiba, dia terkejut melihat tisu yang dipegang oleh Jongdae berlumuran darah. “ Sejung? Kenapa ni?!” tanya Chanyeol cemas sambil berusaha untuk membantu Jongdae membersihkan darah tersebut.
“ Sejung, tahan sikit.” Kata Jongdae yang cuba menenangkan Sejung yang sudah mengalirkan air mata yang agak deras. Dengan tidak semena- mena badan Sejung mula longlai dan dia kemudiannya mula tidak menyedarkan diri. Mujur Jongdae berada betul- betul rapat dengan tubuhnya kalau tidak tubuh Sejung boleh jatuh ke lantai.
Hana yang berada di sisi Chanyeol dan Baekhyun terkaku. “ Dddd...dd....darah?” tanya Hana. Kakinya sudah mengeletar. Kali ini, Hana pula yang mula terjatuh dan tidak menyedarkan diri. Chanyeol sempat menyambut tubuh Hana sebelum jatuh ke atas lantai.
Jongdae mendukung tubuh Sejung lalu berlari menuju ke bilik kesihatan begitu juga dengan Chanyeol. Peluh dingin dirembes keluar dari kulit Jongdae. Risau dengan keadaan Sejung.
“Tidak pernah- pernah jadi macam ni” bisik hatinya.
Semua pelajar yang terkejut dengan keadaan Jongdae dan Chanyeol yang cemas itu mula bertanya- tanya sesama sendiri. Baekhyun yang mendengar keadaan di dalam dewan yang mula haru- biru itu, menenangkan keadaan. Dia memberitahu semua pelajar tentang keadaan Sejung.
Kyungsoo POV
Kyungsoo terkejut dengan apa yang didengarinya tadi. Hatinya mula gusar. Jantungnya mengepam sungguh laju tanda dia cemas. Peluh dingin juga turut kelihatan di dahinya.
“ Okay, awak semua boleh balik dan berehat. Tapi ingat, majlis prom night ini akan bermula esok malam.
Sekian terima kasih dan selamat berehat.” Kata Baekhyun yang kelihatan tenang tetapi di dalam hatinya hanya tuhan sahaja yang tahu betapa cemasnya dia.
Semua pelajar kelihatan meninggalkan dewan itu secara beransur- ansur sehingga lah hari sudah berlanjut malam. Kyungsoo mendekati Baekhyun yang sedang menguruskan audio system.
“ Hyung?” Kyungsoo menegur Baekhyun yang sedang menutup suis terakhir audio system tersebut.
“ Herm? Ada apa?” tanya Baekhyun sambil mencapai beg galasnya.
“ Macam mana dengan Sejung? Teruk ke?” tanya Kyungsoo.
“ Tadi Chanyeol call hyung, dia kata Sejung dah okay. Teruk tu, teruk lah juga. Darah keluar dari hidung dia banyak sangat tadi. Tapi, Chanyeol kata dia dah okay, okay lah tu agaknya.” Jelas Baekhyun.
“ Macam mana boleh jadi macam tu? Tadi Kyungsoo tengok dia okay je.” tanya Kyungsoo lagi.
“ Entah, hyung pun tak tahu. Nanti hyung tanya Chanyeol” jawab Baekhyun.
“ Sekarang ni dia dekat mana?” Kyungsoo tidak bosan- bosan bertanya tentang Sejung.
“ Eh, banyak tanya pula dia ni. Dia dekat rumah lah. Resting. Dah jangan tanya lagi. Pening kepala aku dengar soalan kau ni. Risau sangat. Nak pergi rumah dia ke?” Jawab Baekhyun dengan pertanyaan.
“ Mian. Hah? Pergi rumah dia? Tak payah lah Hyung.” Jawab Kyungsoo. Kalau diikutkan hati hendak sahaja dia setuju dengan pertanyaan Baekhyun itu. Tapi, hari dah malam, nanti apa pula orang kata. Lagipun kat rumah Sejung ada orang yang jaga Sejung. Jadi, dia tidak perlu risau.
Mereka berdua mengorak langkah meninggalkan dewan itu setelah Baekhyun selesai mengunci dewan tersebut. Kelihatan pemandu mereka sudah menunggu di luar pagar sekolah. Kyungsoo mendongak ke arah langit yang sudah gelap itu. Kelihatan salji sudah mula muncul di dada langit. Kyungsoo menggigil kesejukan apabila dia berjalan menuju ke arah kereta mewah milik bapanya itu. Mereka menerobos memasuki kereta mewah itu lalu kereta itu memecut laju memecah suasana sunyi pada malam tersebut.
Di rumah Sejung
“ Sejung, are you sure esok nak buat persembahan juga?” tanya Chanyeol meminta kepastian daripada Sejung yang sedang menyuapkan ubatnya.
“ Yes, i’m very sure. Alah, tadi tu Sejung penat sikit je. Lagipun pagi tadi Sejung lupa nak makan ubat, sebab tu jadi macam tu. Don’t worry oppa. I can do it.” Sejung begitu yakin dengan dirinya.
“ Penat sikit kau kata? Kau tu penat sangat, sebab tu jadi macam tu.” Kata Jongdae dalam keadaan sedikit marah. Chanyeol yang mendengar hanya mengangguk.
“ Kalau aku makan ubat, benda tu semua takkan jadi kan?” jawab Sejung memprotes.
“ Ye lah.... Tapi ka....” tanpaa sempat Jongdae menghabiskan ayatnya Sejung sudah bersuara.
“ Aku tahu, aku ni tak kuat. Lembik, lemah. Tapi aku boleh buat persembahan tu nanti. Bukan susah pun. Just sing and play the piano, that’s it. Takkan penat.” Kata Sejung sambil memandang lantai cubin rumahnya itu.
“ Sejung, bukan macam tu. Jongdae, oppa, semua risaukan Sejung. Darah keluar tadi banyak sangat. Oppa tengok pun rasa macam nak mati je Sejung tadi.” Kata Chanyeol lembut.
“ Oppa, please.... Sejung tak nak rosakkan majlis tu nanti. Please....” Sejung menggengam kedua-dua belah tapak tangannya dam meminta simpati. Chanyeol dan Jongdae berpandangan antara satu sama lain. Mereka berdua mengeluh berat.
“ Ye lah..... Tapi ingat, jangan nak hyper sangat esok.” Kata Chanyeol memberi amaran.
“ Yes! Gomawo oppa. Love you!” kata Sejung sambil menggengam tangan Chanyeol.
“ Aih? Chanyeol je?” Jongdae mengusik Sejung.
“ You too, Jongdae- ah..” kata Sejung.
Secara tiba- tiba telefon bimbit Jongdae berdering. Dia menyentuh skrin telefon bimbitnya lalu mejawab panggilan tersebut. “ Yeobosaeyo? Oh nae eomma. I’m on my way.” Kata Jongdae. Setelah panggilan itu dimatikan. Jongdae meminta izin untuk pulang ke rumah.
Jongdae berjalan menuju ke arah jaket labuhnya yang tersangkut pada penyangkut baju di tepi dapur rumah itu. Chanyeol dan Sejung kemudiannya mengiringi Jongdae sehingga ke pintu keluar rumahnya.
Jongdae sempat memandang ke arah Chanyeol yang berada di belakangnya. Dia membuat isyarat mata supaya Chanyeol segera meninggalkan Sejung dan dia bersendirian. Chanyeol dapat meneka apa yang diminta oleh Jongdae.
“ Sejung hantar Jongdae dulu eh? Oppa lupa nak call eomma. Dah pukul 9.00 malam dah ni, eomma tak balik- balik lagi. Risau pula.” Chanyeol memberi alasan sambil mengerling ke arah jam tangannya. Dia kemudiannya beredar dari situ dan menuju ke ruang tamu.
Sesampainya mereka di hadapan pintu, Jongdae memusingkan tubuhnya dan berhadapan dengan Sejung. Dia mencapai kedua- dua belah tangan Sejung.
“ Sejuknya....” bisik hatinya.
Dia merenung tepat ke arah mata Sejung. Sejung pula membalas pandangannya. Tetapi selepas beberapa saat dia mula memalingkan wajahnya kerana malu dengan Jongdae yang dari tadi merenung dan menatap wajahnya. Keadaan mereka menjadi sedikit janggal kerana Jongdae masih merenung Sejung tanpa berkata apa- apa. Jongdae memerhatikan gelagat Sejung yang malu dengan tindakannya.
“ Sejung.....” Jongdae mula bersuara.
“ Erm?” jawab Sejung memandang lantai.
“ Look at me” arah Jongdae lembut.
Sejung akur dengan arahan Jongdae dan mula memandang wajah Jongdae semula.
“ Tolong jangan sakit- sakit macam ni. Nanti aku pun rasa sakit. Aku sakit dekat sini.” Kata Jongdae sambil menarik tangan kiri Sejung dan diletakkan di dada kirinya. Sejung tidak membalas apa- apa.
“ Okay? Please stay healthy because i need you for another 100 years. Saranghae.....” kata Jongdae lembut sambil merenung kembali mata Sejung. Dia dapat melihat mata Sejung sudah mula berkaca.
“ Uljima, please.... Jangan nangis lagi.” Jongdae mengelapkan air mata Sejung yang sudah mengalir di pipi.
Dia kemudiannya menarik Sejung ke dalam dakapannya. Jongdae memeluk tubuh Sejung dengan erat. Tidak tahu mengapa, tapi dia dapat merasakan yang dia akan kehilangan Sejung suatu hari nanti.
“ Ingat pesanan aku tu sampai bila- bila. I need you for another 100 years..” bisik Jongdae di telinga Sejung.
Dia kemudiannya melepaskan tubuh Sejung. Dia memandang ke arah bibir Sejung. Biru. Mungkin kerana kesejukan. Jongdae mendekatkan wajahnya ke wajah Sejung. Semakin lama semakin dekat. Jantungnya juga berdegup laju apabila dia memandang bibir Sejung yang biru itu. Dia tidak tahan lagi. Dia kemudiannya mengucup bibir Sejung seperti yang dia inginkan. Dia dapat merasakan kesejukan yang dirasai oleh Sejung. Sejung pula terdiam kaku. Membiarkan dirinya dikucup oleh teman lelakinya. Jongdae kemudiannya melepaskan kucupannya.
“ Your lips was so cold. Make sure you get enough rest, Sejung. I’ll see you tomorrow. Bye....” Jongdae memberi pesanan terakhir sebelum dia beredar dari rumah Sejung dan memasuki kereta mewah milik ayahnya.
Setelah kereta Jongdae lesap dari pandangannya, Sejung berjalan menuju ke biliknya. Dia merebahkan dirinya di atas katil. Dia memandang siling biliknya itu. Dia mengingati semula apa yang terjadi kepadanya petang tadi. Tidak pernah dia sangkakan yang keadaan dirinya seteruk itu. Dia teringat akan Hana yang pengsan akibat melihat darahnya yang mengalir. Dia ketawa sendirian kerana baginya apa yang terjadi kepadanya dan Hana petang itu merupakan sesuatu yang kelakar. Dia mencapai telefon bimbitnya dan mendial nombor telefon Hana.
“ Hana.” Sejung memulakan bicara selepas panggilannya diangkat.
“ Sejung? Kau okay?” Hana kedengaran seperti sedang cemas.
“ Aku okay je. Tadi tu aku penat sikit sebab tu jadi macam tu. Hana, boleh tak kau sleep over dekat rumah aku malam ni? Esok kita pergi sekolah sama- sama. Kita siap sama- sama untuk majlis tu nanti. Boleh eh?” Sejung cuba memujuk Hana.
“ Sleep over? Rumah kau? Mak kau ada kan?” tanya Hana.
“ Ada, tapi dia belum balik lagi. Kenapa? Kau risau sebab Chanyeol oppa ke? Tak de apa- apa lah. Kalau dia usik kau, aku tumbuk je dia tu. Lagipun dia bukan lelaki macam tu.” Jelas Sejung sambil ketawa.
“ Okay, okay. I’ll be there in 15 minutes.” Kata Hana.
“ Okay, i’ll wait.” Kata Sejung lalu dia mematikan panggilannya.
Malam itu, Sejung dan Hana tidur di dalam satu bilik iaitu bilik Sejung. Pada mulanya, Hana sedikit janggal kerana kehadirannya disambut oleh Chanyeol di hadapan pintu rumah. Chanyeol yang membuka pintu untuk Hana. Sengaja Sejung tidak beritahu abangnya bahawa Hana akan datang ke rumah. Biar abangnya terkejut sikit. Mereka berdua melakukan bermacam- macam aktiviti ringan. Sempat juga mereka mencuba- cuba pakaian yang akan dipakai oleh mereka pada majlis prom night malam esok. Setelah beberapa jam, mereka kepenatan dan terus tertidur.
TO BE CONTINUED...